in , ,

Australia Banjir Teruk Sampai Darurat, Netizen Kata, Semua Sebab Sajat

Perdana Menteri Australia Scott Morrison mengumumkan darurat akan diisytiharkan susulan banjir buruk yang melanda kawasan timur laut negara itu.

Morrison mengumumkan perkara itu pada Rabu ketika melawat komuniti yang terjejas di utara New South Wales (NSW), lapor Xinhua.

Pengisytiharan itu akan memberi kerajaan persekutuan lebih kuasa untuk menempatkan Pasukan Pertahanan Australia (ADF) dan sokongan kewangan ke kawasan terjejas.

Ini adalah kali pertama darurat diisytiharkan selepas undang-undang berkaitan perkara itu digubal susulan krisis kebakaran belukar 2019/20.
“Saya telah membuat keputusan ini hari ini, dengan berunding dengan Perdana Menteri.

“Ia akan memastikan Menteri dan agensi kita tidak menghadapi sebarang birokrasi yang tidak perlu semasa mereka melaksanakan apa yang diperlukan masyarakat,” katanya.

Sekurang-kurangnya 20 orang maut dan beribu-ribu bangunan musnah atau rosak sejak banjir melanda pada akhir Februari selepas kawasan timur laut negara ini menerima curahan hujan luar biasa dalam masa seminggu.

Morrison mengumumkan AUS$25 juta (AS$18.2 juta) dalam bentuk pembiayaan untuk bantuan kecemasan, makanan dan perkhidmatan kaunseling serta AUS$31.2 juta (AS$22.7 juta) untuk perkhidmatan jangka panjang bagi kesihatan mental.

“Kami tidak boleh memandang rendah soal kesihatan mental jangka panjang yang akan dihadapi komuniti. Kerajaan akan memantau dengan teliti keadaan untuk memahami bantuan lain yang diperlukan orang ramai apabila mereka pulih daripada bencana ini,” kata Morrison.

Berita tersebut mendapat perhatian rakyat Malaysia yang turut sama-sama mendoakan keselamatan rakyat negara itu.

Australia Banjir Teruk Sampai Diisytihar Darurat, Netizen Dakwa Sajat Bawa Bala

Bagaimanapun, diruangan komen perkongsian berita itu di Facebook, ada pula netizen mendakwa musibah akan melanda di mana sahaja usahawan sensasi Sajat berada.

Malah, ada yang mempersoalkan adakah musibah itu berlaku disebabkan Sajat berada di sana. Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa bimbang dengan keadaan Sajat yang kini sudah berhijrah ke negara itu.

Oktober tahun lalu, Sajat sudah pun berhijrah ke Australia untuk memulakan kehidupan baru disana. Baru-baru ini, Sajat memaklumkan bahawa dia sudah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di Australia.

Sajat berkata dia meraskan seperti dilahirkan semula dan gembira kerana proses menukar status jantina di negara itu mudah dilakukan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Master In The House Malaysia Berada Di Dalam Hati Son Sung Deuk

Sinopsis Drama KERANA DIA SUKA Lakonan Fikry Ibrahim & Rita Nadira