in ,

Konsert Panggung Suara Pitahati 2018 di DPAC

Konsert Panggung Suara Pitahati DAMANSARA PERDANA ART CENTRE (DPAC) 2018

Dalam rangka menjadi sebuah kumpulan yang mampu memahat tempat di industri musik Malaysia, Pitahati bakal mengadakan sebuah konsert mini yang bertempat di Damansara Perdana Art Centre (DPAC) pada 4 Februari 2018 ini.

Persembahan yang dirangka sendiri kali ini bakal memuatkan beberapa perubahan terutamanya dari segi konsep visual, pengcahayaan, idea lakon dan prop yang bakal mengiringi persembahan mereka.

Konsert Panggung Suara Pitahati 2018 di DPAC

Sering menghasilkan sesuatu yang baru, bukan sahaja didalam lagu mereka, Pitahati ingin meletakkan satu paras ukur dalam bidang seni persembahan. Dengan menjadikan persembahan mereka di Auditorium Muzium Negara, Kuala Lumpur dua tahun lalu sebagai titik permulaan, mereka semakin serius dalam menyampaikan konsep keseluruhan album mereka dalam bentuk visual persembahan.

Lokasi DPAC dipilih dari hasil perancangan teliti oleh Pitahati sebagai permulaan 2018 kerana mereka memerlukan tempat yang berlainan; supaya mereka lebih ekspresif dan mempelbagaikan penyampaian mereka untuk memberi impak yang lebih terhadap penonton.

Perbezaan akan persembahan kali ini mungkin terdapat pada skala yang lebih besar dengan adunan dan pemilihan repertoire lagu-lagu dari seluruh album yang ada, disertai projection mapping yang diisi dengan reka cerita yang menarik, selain cuba mengisi dan mencipta konsep-konsep yang baru pada setiap lagu yang disampaikan.

Dan mungkin juga akan diselingi sedikit sentuhan lakon teatrikal (seni lakonan) yang akan dipersembahkan kepada para penonton yang hadir.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2011, Pitahati kini dibarisi oleh Ilham, Zahar, Masrin, Hidayat dan Yasin. Pitahati menitikberat unsur-unsur bunyian yang keluar dari instrumen masing-masing maka secara tidak langsung berhasil mengeluarkan karakter bunyi yang tersendiri.

Album kedua mereka lebih organik, tradisional dan punya nilai sastera yang tinggi, ringkas dalam penghasilan lagu tetapi padat dengan muzik yang berkualiti tinggi.

Untuk pembelian tiket, boleh terus sahaja menghubungi Rahman Saharddin (+60149470290) atau Syamil (+60104034413) berharga RM80 (Normal ) & RM75 ( Mahasiswa/Pelajar). Tempat adalah terhad kepada 200 tempat duduk sahaja.

Semoga orang ramai dapat hadir memenuhi Panggung Suara ini terus menyokong seni persembahan muzik nusantara Malaysia. “Masuklah ke rumahku..” – Pitahati.

Konsert Panggung Suara Pitahati 2018 di DPAC

Konsert Panggung Suara Pitahati 2018 di DPAC

Konsert Panggung Suara Pitahati 2018 di DPAC

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Cara Suria FM Sambut Hari Radio Sedunia

Hurr.tv Lancar Rancangan Web #CarGoals