in

Ini Cara Suria FM Sambut Hari Radio Sedunia

Hari Radio Sedunia yang akan disambut pada 13 Februari ini, stesen radio Suria FM akan menjemput bekas-bekas penyampai radio untuk berkongsi pengalaman serta suka dan duka sepanjang mereka berkecimpung dalam industri penyiaran radio.

Sepanjang seminggu ini pendengar bakal mendengar suara-suara yang biasa kedengaran suatu ketika dahulu seperti David Low, Fara Fauzana, Faizal Ismail, Kieran, Khairil Rashid ke udara di segmen Suria Pagi dan juga di segmen Suria Petang.

Bukan itu sahaja, senior dalam bidang radio seperti Sazali Said, pembaca berita di radio, Chuari Selamat, bekas penerbit program dan penyampai radio di sebuah radio awam dan pelakon versatil Fauziah Nawi turut dijemput ke konti Suria untuk berkongsi pengalaman mereka.

Tarikh Masa Segmen Jemputan
5 Feb 2018 8.00 – 9.00 pagi Suria Pagi David Low & Noraini Ibnu
4.00 – 5.00 petang Suria Petang Fara Fauzana
6 Feb 2018 8.00 – 9.00 pagi Suria Pagi Ikhwan
4.00 – 5.00 petang Suria Petang Faizal Ismail
7 Feb 2018 8.00 – 9.00 pagi Suria Pagi Kieran & Fauziah Nawi
4.00 – 5.00 petang Suria Petang Khairil Rashid
8 Feb 2018 8.00 – 9.00 pagi Suria Pagi Chuari Selamat
4.00 – 5.00 petang Suria Petang Sazali Said
9 Feb 2018 8.00 – 9.00 pagi Suria Pagi Najman

 

“Bidang penyiaran radio bukanlah semudah yang disangka. Berbekalkan pengalaman mereka yang lebih daripada 10 tahun dalam bidang ini, kami percaya banyak warna-warni dunia penyiaran radio yang dapat dikongsikan dengan peminat di luar sana. Dan tentunya peminat juga akan sama teruja untuk mendengar kombinasi penyampai lama dan baru dalam satu konti yang sama ke udara nanti.” kata Cik Roslinda Abd Majid (DJ Lin), Pengurus Program Suria.

 

Malah, pada 13 Februari itu akan datang, Suria akan membuat siaran langsung luar di Petronas NKVE Damansara bermula pada jam 7 pagi hingga 10 pagi. 100 pendengar terawal yang hadir akan berpeluang bertemu penyampai-penyampai Suria seperti DJ Lin, Zulin Aziz, Fizi Ali, Brian, Bob Ringgo, Tyzo dan Suraya serta sarapan percuma dan barangan eksklusif Suria.

 

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Charlie Puth & Boyz Ii Men Kolaborasi dalam lagu IF YOU LEAVE ME NOW

Konsert Panggung Suara Pitahati 2018 di DPAC