in

Suami Siti Nurhaliza Datuk K Telah Keluar Dari Wad ICU

Seperti yang ramai dah maklum, Dato’ Siti Nurhaliza kini masih lagi berada di New Zealand untuk menemani suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa yang terlantar di hospital.

[dropcap]H[/dropcap]ari ini, genaplah seminggu tragedi kemalangan ini menimpa Datuk K di Queenstown, New Zealand. Pada hari yang sama, Dato’ Siti Nurhaliza telah membatalkan untuk buat persembahan di Konsert  Ekspresi Karya Gemilang di Banjarmasin, Indonesia untuk terbang ke New Zealand bagi melawat suaminya. Perjalanan yang sangat jauh memakan masa 27 jam berjaya ditempuhi dengan tabah.

[pullquote align=”right”]Datuk K terlibat dalam kemalangan di New Zealand sewaktu beliau bersiar-siar dengan menunggang motosikal berkuasa besar Harley Davidson.[/pullquote]

Akibat kemalangan tersebut, ahli perniagaan terkenal itu patah bahu, kaki, tangan dan mengalami kecederaan serius pada bahagian belakang badan. Walau bagaimanapun Datuk K dimaklumkan stabil.

[dropcap]P[/dropcap]ada 17 Disember lalu, Datuk K telah selamat menjalani pembedahan bagi memulihkan kecederaan dalaman. Syukur semuanya selamat. Selepas pembedahan, Datuk K telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Southland, Queenstown untuk pemerhatian lanjut.

Tiada gambar Datuk K untuk tatapan peminat Siti di Malaysia. Datuk Siti Nurhaliza Taruddin meminta maaf kepada peminatnya di tanah air kerana tidak memberikan gambar terkini suaminya, yang kini terlantar sakit di New Zealand didedahkan kepada umum.

Menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Siti kepada akhbar Kosmo! memberitahu, beliau terpaksa berbuat demikian bagi menghormati permintaan suaminya itu yang mahukan privasi.

“Saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan gambar terkini kerana ia merupakan permintaan daripada suami yang mahukan privasi sepanjang menerima rawatan di Hospital Southland.

“Saya berharap semua pihak memahami situasi kami apabila kami tidak dapat memberikan gambar terkini Datuk K.”

Hari ini, Datin Zaiton Mohd Jiwa telah memaklumkan bahawa Datuk K sudah semakin pulih dan tidak lagi ditempatkan di ICU. Sebaliknya dimasukkan ke wad biasa.

Perkembangan terbaru ini mungkin akan mempercepatkan proses membawa pulang Datuk K ke tanah air seperti yang diinginkan oleh Siti.

Tidak mengapa, apa yang penting sekarang, sama-sama kita doakan Datuk K kembali sembuh seperti sedia kala.

Bila Siti berada di New Zealand, membuatkan Budiey teringatkan kenangan semasa mengikuti trip lawatan media bersama Siti Nurhaliza di Korea tahun lepas.

Untuk mengimbas kembali kenangan melawat Korea, Budiey sajikan sekali lagi, gambar-gambar Siti Nurhaliza ketika lawatan ke kilang pengilangan produk SimplySiti bersama media tahun lepas.

Gambar Photoshoot Bersama Siti Nurhaliza di Korea

Siti Nurhaliza Korea

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza Korea

Siti Nurhaliza Korea

Siti Nurhaliza Korea

Siti Nurhaliza Korea

siti nurhaliza korea

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Acong Sweet Child Bernikah Dengan Peminat Bernama Marya Zuraida

5 Tips Mudah Membeli Kereta PROTON SAGA FLX