in , ,

Telemovie SUAMI MUDA Lakonan Ifa Raziah & Dazrin Kamaruddin

Sesekali tidak salah rasanya kita berhibur dengan drama komedi ringan mencuit hati yang realitinya berlaku dalam masyarakat kita. Banyak tanggapan salah mengenai situasi wanita yang memiliki suami muda tidak kekal bahagia namun hakikatnya jodoh ketentuan Allah SWT. Tua atau muda terpulang kepada seseorang itu menangani ranjau alam rumahtangga mereka.

Justeru slot Panggung Ahad di TV1 pada 20 Disember ini, pukul 10.30 pagi membawakan telemovie “Suami Muda” lakonan mantap Ifa Raziah bergandingan dengan Dazrin Kamaruddin dan turut dibantu oleh Roy Azman dan Amyra Rosli.

Untitled

Kisahnya berlatarkan watak Alif, lepasan SPM bekerja sebagai penghantar pizza. Suatu hari, dia pergi menghantar pizza ke sebuah kondominium. Sampai sahaja di hadapan pintu rumah pelanggan tersebut, dia terdengar seperti ada orang bergaduh di dalam rumah. Alif membunyikan loceng beberapa kali, tetapi tiada orang yang menyahut dan keluar.

Kemudian, Alif mendengar wanita meminta tolong dari dalam rumah. Alif segera membuka pintu dan melihat seorang lelaki, Zainal sedang memukul seorang perempuan, Maria. Alif cuba menghalang pergaduhan tersebut tetapi dia pula dipukul oleh Zainal. Maria mengambil pisau di dapur dan mengugut akan membunuh Zainal sekiranya dia tidak keluar dari rumah. Zainal yang takut terus meluru keluar dari rumah itu.

Alif cedera teruk dibahagian muka dan badan. Bajunya telah koyak rabak dan dipenuhi dengan darah. Maria segera merawat Alif dan membuka baju Alif untuk ditukarkan baju dengan baju lain. Tiba-tiba Maria mendengar orang memberi salam sambil bertalu-talu membunyikan loceng rumah. Maria pantas membuka pintu.

Untitled

Namun, alangkah terkejutnya Maria apabila mendapati pihak JAIS yang datang. Kedatangan mereka turut disertai oleh Zainal. Mereka menuduh Maria dan Alif melakukan maksiat kerana dalam pada waktu tersebut Maria memakai baju tidur manakala Alif tidak berbaju.

Maria dan Alif di bawa ke balai polis untuk diambil tindakan. Pihak JAIS menyarankan supaya mereka berkahwin. Alif tidak bersetuju dengan saranan itu.Tetapi alangkah terkejutnya Alif kerana Maria setuju dengan pendapat tersebut. Maria memujuk Alif supaya berkahwin dengannya dan Alif akan diberi habuan yang banyak.

Maria juga telah menetapkan syarat bahawa mereka akan bercerai sejurus beberapa perkara selesai. Perkahwinan Maria dan Alif dilakukan kerana Maria tidak mahu diganggu oleh bekas suaminya Zainal yang seringkali memujuknya untuk rujuk semula perkahwinan mereka. Nenek Alif yang turut berada di situ meminta Alif bertanggungjawab di atas perbuatannya.

Alif kemudiannya terpaksa akur. Beberapa hari kemudian mereka bernikah, dan tinggal bersama. Alif agak kekok tinggal bersama Maria, namun mereka berlagak seperti biasa. Pada satu hari Maria melihat Alif tengah solat di rumah, dan Maria meminta Alif mengajarnya dalam masa yang sama Maria juga mengajar Alif berbahasa Inggeris. Hubungan mereka semakin rapat sehingga mereka bersama di dalam bilik.

Pada satu hari anak Maria baru pulang dari luar negara datang ke rumah Maria dan alangkah terkejutnya Daniel apabila mendapat tahu dia mempunyai bapa tiri yang lebih muda darinya sehingga dia lari dari rumah dan berlakunya kemalangan, Kaki Daniel patah. Alif yang banyak menjaganya kerana Maria sibuk menguruskan kerja, sejak dari itu hubungan mereka semakin rapat dan Daniel terima kenyataan yang Alif adalah bapa tirinya.

Setelah beberapa bulan Maria mengalami muntah-muntah dan disahkan mengandung, Alif terpaksa ulang alik ke syarikat iklan milik Maria dan ke rumah untuk memgambil dokumen syarikat, dan secara tidak sengaja Alif telah membaik pulih satu story board sebuah iklan dan mendapat perhatian pelanggan Syarikat Maria.

Dalam masa yang sama, Alif mendapat tahu yang Zainal cuba merampas hak syarikat dari Maria. Alif cuba menyiasat dan melaporkan pada pihak berkuasa, dan Zainal tertangkap.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Alif Satar Merungut Tentang Hidupnya?

Telemovie TALKIN DIBIRAI KATIL Lakonan Syafie Naswip