in

Suami Erra Fazira Nafi Berkahwin Lagi

Erra meluahkan rasa hatinya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada wartawan Berita Minggu yang cuba mendapatkan reaksi bintang popular itu susulan pengakuan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin yang menafikan berkahwin lain, tersiar dalam akhbar tempatan.

“Saya enggan memberi sebarang komen mengenai rumah tangga kerana ia terlalu peribadi. Setiap bait jawapan saya kelak, bimbang disalah erti dan memberi kesan buruk. Harap semua pihak faham,” kata aktres dan penyanyi popular, Fazira Wan Chek, 38, atau Erra Fazira.

Dalam SMS itu, Erra mempertahankan pendirian untuk tidak mengulas lanjut isu rumah tangganya serta berharap semua pihak memahami situasi dihadapinya.

Berita Harian semalam melaporkan, Emran menafikan berkahwin lagi seperti yang dihebohkan.

Emran menjelaskan, selama ini, beliau enggan bersuara kerana tidak mahu membesarkan isu yang tidak benar. Bagaimanapun, katanya, beliau terpaksa membuat ulasan selepas melihat isu rumah tangganya makin hebat diperkatakan.

Emran mendakwa, beliau dan Erra masih tinggal sebumbung dan tidur sekatil, malah beliau pulang ke rumah setiap hari. Ini kali pertama Emran mengulas isu rumah tangganya selepas lama berdiam diri.

Spekulasi pergolakan rumah tangga Erra yang mula dikenali menerusi filem Sembilu timbul selepas ada pihak mendakwa Emran berkahwin lain. Bagaimanapun, gosip itu disangkal Erra sambil meminta semua pihak mendoakan yang terbaik kepada mereka.

Erra dan Emran bernikah pada 10 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, berusia tiga tahun.

Erra Fazira

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Heliza Helmi di Sidang Media Rasa Halal Antarabangsa

Saiful Apek Lega Dibebaskan Dari Tuduhan Bawa Dadah