in , ,

Suami Elfira Loy Dedah Kisah Cinta di Majalah EH!

EKSKLUSIF! Buat pertama kalinya selebriti popular, Elfira Loy berkongsi kisah cintanya dengan jejaka pilihan yang telah mencuri hatinya yang selama ini menjadi teka-teki setiap mata di media sosial menerusi majalah EH!.

Memilih EH! sebagai platform rasmi yang eksklusif kerana katanya kepada Faris, “EH! is one of my favourite magazine.” Tambahan lagi, dia memang ingin berikan sesuatu yang istimewa buat EH!, yang juga pernah membuat cover sulungnya bersama EH! pada Januari 2012.

Pastinya, Elfira Loy & Faris kelihatan lebih senang untuk berkongsi dengan EH! dan menceritakan detik permulaan kisah cinta antara pasangan dua sejoli ini yang lebih memilih untuk diketahui teman rapat & keluarga terdekat sahaja pada peringkat awal usia hubungan mereka.

Elfira Loy Muka Depan Majalah EH!

Faris meluahkan perasaannya yang teruja untuk diinterviu sekalipun ini adalah kali yang pertama menjadi kulit muka depan majalah sepanjang hidup beliau. Personaliti dan perwatakan Faris tidak terlepas menjadi salah satu topik perbualan sesi temuramah bersama EH!.

Suami Elfira Dedah Rahsia Saat Cinta Berputik

Elfira ada menambah “Faris punyai warna pada personalitinya yang buat El tertarik.” Dalam pada itu juga, Faris juga berkongsi yang pada awalnya dia agak berat untuk muncul di cover EH! bulan ini atas sebab tertentu. Beliau juga sempat berkongsi kepada EH! saat beliau terdetik yang “She’s the one”.

Untuk ketahui cerita di sebalik temuramah eksklusif bersama Elfira Loy & Faris, dapatkan EH! edisi Januari 2019 di kedai buku utama dan kedai serbaneka terpilih.

Majalah ini juga boleh didapati dalam bentuk digital dan dibaca secara atas talian menerusi pautan ini https://campaign.sphmsolutions.com/bluinc-subscription/

Pastikan anda tidak terlepas untuk menyaksikan video eksklusif Elfira Loy & Faris berkongsikan tentang ciri kesukaan masing-masing di SINI.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

“Jangan Bawa Perangai Babi Dalam Kehidupan” – Sufian Suhaimi

Jason Momoa

Pengalaman Bertemu Pelakon AQUAMAN di Manila