in ,

Stress Buster! KAU PILIH SIAPA? Filem Komedi Santai Yang Mencuit Hati

Filem Komedi Santai Yang Mencuit Hati & Bakal Diklasifikasikan Sebagai Filem ‘STRESS BUSTER’

Pengarah filem Saifullah Khaisas yang merupakan anak didik pengarah terkenal Allahyarham Mamat Khalid, muncul dengan sebuah karya baru yang amat dinantikan-nantikan. 

Filem ini juga diarahkan oleh pengarah yang berpengalaman luas iaitu Dato’ Athy di mana sebelum ini beliau pernah menghasilkan 4 buah filem dan sebuah ‘Tele Movie’ yang telah menarik perhatian ramai penonton.

Filem KAU PILIH SIAPA? yang bergenre komedi santai bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 8 Jun 2023

MALAM TAYANGAN FILEM KAU PILIH SIAPA

KAU PILIH SIAPA?  dibintangi oleh Syed Mohamad Asri atau lebih dikenali sebagai “Usop Wilcha”. Mungkin ramai sudah mengenali beliau yang sering muncul dalam beberapa drama dan filem arahan Mamat Khalid. 

Selain itu, Avaa Vanja yang sebelum ini pernah muncul dalam filem Zombi Kampung Pisang arahan Mamat Khalid pada tahun 2007 juga merupakan salah satu pelakon utama filem ini.

Filem ini juga memperkenalkan bakat-bakat muda yang menyinar – Seramaymax, Anas Ridzuan dan ramai lagi.

MALAM TAYANGAN FILEM KAU PILIH SIAPA

KAU PILIH SIAPA?  berkisarkan tentang seorang ketua keluarga bernama Pian C (Usop Wilcha), yang terpaksa berjauhan meninggalkan keluarganya di kampung demi menyara kehidupan. Pada suatu hari dia terpaksa pulang ke kampung selepas khabar berita bapa angkatnya Pak Kassim iaitu seorang wakil rakyat telah meninggal dunia. 

Sebelum meninggal dunia, Pak Kassim meninggalkan wasiat di mana dia mahu Pian C menjadi calon Wakil Rakyat untuk menggantinya. Penduduk kampung meletakkan harapan yang tinggi untuk Pian C diangkat menjadi wakil rakyat. 

Terdapat beberapa konflik yang muncul apabila ia dicemburui oleh anak kandung Pak Kassim iaitu Saiful. Sehinggalah pelbagai helah dirancang untuk menjatuhkan Pian C.

Secara keseluruhannya, filem komedi santai ini pasti menghiburkan para penonton. Ternyata pengarah telah memberi tumpuan pada konsep kekeluargaan untuk memupuk semangat kepimpinan.

Aksi-aksi lucu dalam filem ini akan pasti mencuit hati para penonton dan dikasifikasikan sebagai ‘stress buster’ filem.

Bersama-sama ini disertakan siaran media (BM dan BI)  dan gambar KAU PILIH SIAPA? dan diharapkan rakan-rakan media dapat membantu mewar-warkan berita ini. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Luqman Podolski Lancar Lagu ‘Mungkin Aku Tak Penting?’ Yang Melonkolik

Acara Yayasan Sime Darby Arts Festival (YSDAF) 2023 Pada Ogos Ini!