in , ,

Luqman Podolski Lancar Lagu ‘Mungkin Aku Tak Penting?’ Yang Melonkolik

Sensasi YouTuber Negara Serikan Tahun 2023 Dengan Single Baharu Berentak Pop Moden Yang Melankolik

Siapa yang tidak kenal dengan Luqman Podolski, YouTuber terkenal ini bukan sahaja berbakat menghasilkan konten-konten menghiburkan di media sosial, bahkan berkemahiran juga dalam bidang penciptaan lagu, dan bagi menyerikan tahun 2023, Luqman hadir dengan single terbaharu berjudul ‘MUNGKIN AKU TAK PENTING?’ yang menampilkan pendatang baharu kelahiran Singapura, Tish Errda, hasil ciptaannya sendiri bersama-sama Tish Errda, terbitan oleh label bebas popular, Black Hat Cat Records dengan syarikat rakaman disegani, Warner Music Malaysia

Dilahirkan sebagai Luqmanul Haqim Kamaruddin, 24 tahun, perjalanan seninya bermula sejak tahun 2014 lagi di usia remaja 16 tahun, ketika itu dia sekadar suka-suka menghasilkan konten- konten komedi berbentuk parodi yang padat dengan maksud tersirat tentang perihal masa kini lalu dimuat naik ke media sosial, lama-kelamaan video-video yang dihasilkannya meraih banyak perhatian sehingga menjadi tular di media sosial dengan jumlah tontonan yang banyak. 

Setelah itu, Luqman menerima pelbagai tawaran menghiasi iklan-iklan jenama tempatan dan antarabangsa, namun pada tahun 2019, Black Hat Cat Records menawarkan kontrak nyanyian. Single sulungnya berjudul ‘Sorang’ telah membuka mata ramai pihak membuktikan Luqman juga berbakat sebagai penyanyi dan penghibur serba boleh. 

Kini, single pertamanya bagi tahun 2023 dihasilkan sepenuhnya oleh Luqman bersama penyanyi wanita, Tish, turut mendapat khidmat profesional daripada penerbit muzik, Wongie7 dan pengadun muzik, Ian Koren. 

MUNGKIN AKU TAK PENTING?’ menceritakan tentang sebuah perhubungan yang tiada kepastian, apabila masing-masing tidak berkomunikasi secara telus dan hanya berandaian sendiri, pertanyaan itu bermain-main di benak fikiran sehingga terkeliru dengan arah tuju hubungan dan akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berpisah membawa haluan masing- masing. 

Lagu dalam genre pop ini ternyata kedengaran moden dengan alunan petikan gitar yang menambah ‘mood’ melankolik seakan bicara dari isi hati yang terbuku, dipadankan dengan suara merdu Tish Errda mewakili suara hati wanita yang menambah penceritaan dalam lagu ini. 

Konsep video muzik (MV) lebih kepada jalan cerita anak-anak muda masa kini, tentang sepasang kekasih yang berhubungan tetapi masih keliru dengan perasaan pasangan, dan masing-masing tertanya-tanya soalan yang sama, ‘MUNGKIN AKU TAK PENTING?’ 

Lagu ‘MUNGKIN AKU TAK PENTING?’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. 

Manakala MV single ini pula, boleh ditonton secara eksklusif hanya di laman YouTube saluran Black Hat Cat Records

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pizza Hut Lancar Kategori Makanan Baru Dengan ‘Melts’ & Ia Bukan Pizza!

Stress Buster! KAU PILIH SIAPA? Filem Komedi Santai Yang Mencuit Hati