in ,

Norreen Iman Bidas Influencer Yang Berangan Diva & Terlalu Demand!

Influencer yang kini bergelar pelakon, Norreen Iman berkongsi tips kepada personaliti media sosial lain yang berhasrat untuk menapak dalam industri hiburan arus perdana sepertinya.

Norreen percaya sikapnya yang tahu membezakan keadaan dan menjaga diri sebaiknya menjadi faktor dia mendapat tempat dalam industri.

“Jadilah diri sendiri tapi jangan sampai tak sedar diri. Saya pun mula menapak dalam industri asalnya dikenali sebagai influencer. Bila bekerja dalam bidang ini, kita kena pandai suaikan diri. Kalau di media sosial saya agak kasar tapi kena tahu bawa diri dan bezakan keadaan.

“Tak salah nak buat video viral dan nak dikenali orang, tapi ingatlah dengan siapa anda bekerja dan dengan siapa yang anda berjumpa,” kongsinya.

Norreen berkata demikian ketika ditemu bual di Majlis Sidang Media drama siri terbaru lakonannya, ‘Cina Buta’ baru-baru ini.

“Bukan Semua Perkara Dianggap Perlu Bayar…”

Dalam pada itu, Norreen juga menegur segelintir influencer yang sukar bekerjasama untuk temu bual bersama media hingga ada yang bertanya soal bayaran.

“Jangan sombong boleh? Jangan bongkak dan takbur sebab kau baru ‘nak up’ kot…Untuk saya sendiri, saya tak pernah meletakkan diri saya untuk dibayar setiap masa. Bukan semua perkara kita anggap perlu dibayar umpama air liur kita mahal.

“Jangan kekwat, sedarlah diri di mana anda bertapak,” katanya lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Legoland

Pelancaran Filem 4D JOURNEY TO MYTHICA di LEGOLAND® Malaysia

Stellar | 15

Stellar Tak Gentar, Bersedia Warnai Industri Hiburan Malaysia