in , ,

“Status Saya Masih Lagi Ibu Tunggal,” – Erra Fazira Nafi Jadi Isteri Kedua Faizal Azumu

Sejak petang Ahad,tular di laman Twitter mengenai nama pelakon,penyanyi dan pengacara Erra Fazira yang dikatakan sudah berkahwin dengan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Azumu. Tidak menunggu lama, Erra Fazira telah pun menafikan tentang berita yang tak betul ini.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan, Mohd. Hafez Mubin Mohd. Salleh, dakwaan tersebut sama sekali tidak benar.

“Tidak betul”, katanya yang menafikan khabar angin yang mendakwa Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ini sudah bernikah dengan pelakon dan penyanyi terkenal Erra Fazira.

Dakwaan tersebut adalah tidak benar sekaligus menafikan khabar angin yang tersebar sejak pagi tadi.

&Quot;Status Saya Masih Lagi Ibu Tunggal,&Quot; - Erra Fazira Nafi Jadi Isteri Kedua Faizal Azumu

Erra Fazira pula menjelaskan, dia tidak bernikah, jauh sekali bergelar isteri kedua kepada seorang kenamaan seperti yang dilaporkan di pelbagai portal hari ini.

Bahkan, artis jelita berusia 47 tahun itu menegaskan, setakat hari ini, dia masih lagi bergelar ibu tunggal.

Dalam reaksi segera kepada Astro AWANI, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek berkata, dia sudah letih untuk dikaitkan dengan pelbagai gosip dan dakwaan tidak berasas.

&Quot;Status Saya Masih Lagi Ibu Tunggal,&Quot; - Erra Fazira Nafi Jadi Isteri Kedua Faizal Azumu

“Sudahlah… letih dengan cinta, putus cinta, kahwin, tak kahwin. Status saya masih lagi ibu tunggal.

“Minta saya, doakan saja segala yang terbaik dan andai bertemu jodoh satu hari nanti, moga jodoh yang membahagiakan dan berkekalan hingga ke jannah,” kata Erra dalam kiriman mesej kepada Astro AWANI pada Isnin.

Sejak awal hari ini, tersebar kisah Erra sudah bernikah dan menjadi isteri kedua seorang ahli politik yang berasal dari Perak.

Sejak dari awal penglibatannya sebagai artis, Erra Fazira tidak pernah berhenti dikaitkan dengan pelbagai gosip.

Namun, artis yang pernah popular dengan lagu Yang Terindah Hanya Sementara serta membintangi puluhan filem itu sentiasa tenang setiap kali berhadapan dengan gosip liar.

Bahkan, Erra Fazira juga tidak mudah melenting, sebaliknya, sentiasa memberi kerjasama dengan media dalam menjelaskan situasi sebenar.

&Quot;Status Saya Masih Lagi Ibu Tunggal,&Quot; - Erra Fazira Nafi Jadi Isteri Kedua Faizal Azumu

Erra turut meninggalkan kiasan menafikan perkahwinannya kepada netizen yang telah membanjiri ruangan komennya dengan persoalan mengenai isu tersebut.

“Apooooo(Apa)..tak habis-habis cerita pasal kahwin ini. Apa pun, orang suka untuk berkata, jadi biarkan mereka seronok dengan berkata-kata”

Erra Fazira pernah gagal dalam dua perkahwinan iaitu bersama pelakon, pengarah dan penyanyi terkenal, Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003.

Bagaimanapun, pernikahan mereka hanya bertahan selama tiga tahun dan tidak mempunyai sebarang zuriat.

Sementara pernikahan kali keduanya dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 pula bertahan sehingga 2014.

&Quot;Status Saya Masih Lagi Ibu Tunggal,&Quot; - Erra Fazira Nafi Jadi Isteri Kedua Faizal Azumu

Hasil perkahwinan itu, Erra Fazira dan Engku Emran dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya Engku Emran, 12.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Faizal Azumu [ @PejaOfPerak ] mengesahkan kepada Astro Awani bahawa info yang tular ini adalah palsu.#SemakFakta anda bersama kami di https://t.co/WyXD522rFg#AWANInews #MalaysiaSihat pic.twitter.com/96z2dW9rz3

— Astro AWANI (@501Awani) October 11, 2021

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Faizal Azumu menafikan laporan yang mendakwa beliau sudah menikahi artis popular itu.

Kata Faizal, berita pernikahannya dengan Erra Fazira seperti yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu adalah palsu semata-mata.

Sumber: Astro Awani

“Tak Habis-Habis Cerita Kahwin? Biarkan,” – Erra Fazira

Hangat dalam media sosial hari ini apabila nama aktres dan penyanyi popular Erra Fazira tiba-tiba dipetik netizen selepas dia didakwa sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang menteri.

Dalam perkongsian dimuat naik seorang pengguna Twitter semalam, dia mendakwa Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 47, kini sudah menjadi isteri kedua lelaki berkenaan.

Malah individu itu turut mempersoalkan adakah isteri pertama ahli politik itu mengetahui mengenai hal tersebut.

“Dengar khabar Erra sudah jadi isteri kedua kepada seorang menteri. Isteri pertama tahu tak?” kata individu tersebut sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi.

Sementara itu, seperti menjawab semua khabar angin yang berterbangan, pelakon drama Gerak Khas Undercover itu dalam satu entri Instagramnya beberapa jam lalu enggan mengambil pusing mengenai semua dakwaan netizen dalam media sosial.

“Apa, tak habis-habis cerita tentang kahwin ini?

“Apapun, manusia memang suka bercakap, jadi biarkan sahaja mereka berseronok,”

– Erra Fazira

Erra bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai isu tersebut dalam mana-mana platform media sosialnya yang lain.

Untuk rekod, Erra pernah berkahwin dengan pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Dia kemudian mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 namun disahkan bercerai pada 2014.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini berusia 12 tahun.

Lima tahun lalu, Erra pernah mengaku menjalin hubungan cinta dengan bekas juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir. Bagaimanapun hubungan mereka terputus di tengah jalan pada 2019.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Arsy Widianto Tiara Andini | 23

Arsy Widianto & Tiara Andini Abadikan Kesetiaan dalam Single Terbaru Mereka, MEMILIH AKU

Lee Jung Jae Squid Game | 24

Permainan Squid Game Sebenar Akan Dimainkan di Abu Dhabi