Spotted! Promosi Album Letto Meet Fans di MidValley

Saya sedang gila banget sama muzik Letto sehingga rasa tidak sabar untuk persembahan muzik live mereka di Ruums KL pada Jumaat ini. Tengahari semalam (24 Julai 2007), saya ke Pusat Membeli belah Midvalley untuk bertemu dengan Letto. Yeah, Letto, band yang terdiri daripada empat anak orang muda iaitu Noe (vokal), Patub (guitar), Arian (bass) dan Dedi (drum) sedang berada di Malaysia dalam rangka promosi album mereka. Saya dah jadi gila dengan muzik dari band pop ini semenjak mulai mendengar lagu Sandaran Hati minggu lalu.

Jam 1 tengahari, sudah ramai peminat band dari Jogjakarta ini sedang beratur panjang untuk bertemu dengan band kegemaran mereka di Kedai Music Valley. Ternyata, promosi album Truth, Cry and Lie ini tidaklah sehebat mana kerana jumlah yang datang tidaklah berapa ramai. Tetapi saya kira ini usaha baik dari syarikat rakaman dan pengurusan mereka untuk memperkenalkan muzik Letto ke Malaysia. Mungkin dibuat pada hari bekerja, jadi tak ramai yang mahu join. Kadang-kadang ada juga masih tertanya pada saya, siapa Letto ini? Kesian. Muzik bagus tapi tiada siapa yang nak appreciate!

Khabarnya, selama hampir seminggu juga band ini akan berada di Malaysia untuk mempromosikan album. Selain buat showcase pertama mereka di Ruums KL pada 27 Julai ini, mereka juga akan singgah di stesen-stesen radio dan TV juga menghadiri sidang media untuk liputan meluas di media cetak.

Letto tidak memperjuangkan muzik yang berbentuk eksperimental yang seringkali kedengaran daripada band-band baru seperti Nidji, Samsons mahupun Drive. Letto membawa imej muzik yang unik dan tersendiri, tidak meniru mana-mana band yang ada. Walaupun digasak dengan soalan, suara vokalis Letto mirip kepada gabungan suara Duta (Sheila On Seven) serta Giring (Nidji), namun mereka bertegas dan tetap percaya bahawa suara yang dimiliki adalah anugerah dari Tuhan dan dia sekadar membawa dan mengeluarkan suara yang dikurniakan itu seadanya.

Apa uniknya lagi dari Letto? Keunikan lirik-lirik lagu mereka pada saya adalah terletak pada elemen puitis dan menggunakan perlambangan dari bahasa alam dan tidak meleleh. Iramanya senang dihayati, santai dan menyentuh hati. Jadi, saya kira dengan lagu puitis sebegini, sudah tentu sesuai dengan rentak yang dibawa oleh mereka yang lebih kepada pop melankolik. Mereka mengaku bahawa di kalangan mereka dibesarkan dengan gamelan Jawa. Jadi, mereka menggabungkan irama pentatonik gamelan dengan muzik moden. Dan apa yang anda dengar dalam Truth, Cry & Lie. itulah hasilnya.

Kepada peminat Letto, kita jumpa di Ruums KL pada hari Jumaat ini.

[tags]Letto, showcase Letto in Kuala Lumpur, otai rock, music, pop melankolia, rockers band, indonesian hot banget, kapanlagi.com, nokia E90, muatturun mp3 letto, ringtone letto, RBT letto, caller ringtone letto, sandaran hati, sebenarnya cinta, cara pasang pc, gambar Putri Andreanna Syigim, putri berkahwin, tunang dynaz, awak bertudung, cinta gadis, heart, pushpa narayan, nahas pati myammar, NUTP, Ole-Ole Chef Wan, Ruums KL, Nidji, kelab sahabat Peterpan, Drama Wali kisah lelaki lembut, astro, suria fm, era fm, amaran penulis blog, MPV trailer incident, kes bunuh altantuya, azilah, aaron aziz kelab peminat, fan club letto[/tags]

Showcase Letto Kuala Lumpur

Letto Band

Letto Band

Band Letto

Letto Band

Letto Band

Band Letto

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pemenang T-Shirt & CD Album Soundtrack Waris Jari Hantu

Gambar Sekitar Pra Tonton Filem Kayangan