in , ,

Gambar Sekitar Pra Tonton Filem Kayangan

Majlis Pra Tonton Filem Kayangan telah berlangsung di GSC MidValley semalam (tanggal 24 Julai 2007). Sesi tayangan yang dihadiri oleh ramai selebriti ini dianjurkan oleh Raden Pictures Sdn Bhd selaku penerbit filem dan kerjasama Grand Brilliance Sdn Bhd. Filem yang menelan belanja kira-kira 2 juta termasuk kos pembikinan filem dan soundtrack ini akan menemui peminat pada 9 Ogos ini. Saya telah pun menonton filem arahan Y.M Raja Ahmad Alaudin ini dan berpendapat ianya sebuah filem yang bertemakan cinta dua darjat yang menghiburkan. Cerita dan idea asal adalah cetusan ilham Y.M Tunku Dato’ Seri Mimi Wahida Wahman dan dibantu oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin dan Nor Baizura Baharuddin menjadikan cerita ini agak santai dalam gaya penceritaanya yang bersahaja. Menggunakan dua latar kota dan desa yang berbeza menemukan dua hati yang bercinta dalam rahsia. Terdapat elemen blog dan masalah sosial seperti mat rempit di sentuh sebagai tambahan yang mencantikkan lagi skrip. Sinematografinya agak biasa pada saya kerana tidak banyak yang memperlihatkan kehebatan. Saya memberikan filem ini sebanyak 3.5 / 5 bintang. Saya akan mengulas filem ini dengan lebih panjang di entri yang akan datang.

Akibat dari suara pelat Indonesia yang pekat dari Teuku Zacky, maka mereka terpaksa menggantikan suara pelakon Indonesia ini dangan suara yang bersesuaian. Patutlah kali pertama saya mendengar suara Teuku Zacky lain macam saja. Sekali dengar macam suara Hans Isaac, dengar kali kedua, persis suara Ashraf Sinclair… tapi kami tidak diberitahu siapakah gerangan pelakon yang mengalih suara untuk watak Tengku Amir. Itu tidak penting. Yang penting, lakonan Teuku Zacky memberi kesan kepada penonton.

Sebagai promosi, peminat hiburan tanahair akan disajikan dengan “Kayangan The Roadshow” sebagai salah satu acara sokongan Festival Filem Malaysia ke-20 di Pulau Pinang antara 3 hingga 5 Ogos 2007. Bagi warga Pulau Pinang, anda akan ditayangkan filem ini secara percuma anjuran FINAS di Golden Screen Cinemas Prangin Mall pada 4 Ogos 2007. Pada 5 Ogos pula, pengunjung shopping mall Carrefour Seberang Prai akan berpeluang bertemu dengan para pelakon dan penyanyi runut album Kayangan.

[tags]majlis pra tonton, filem kayangan, angsaraya, kerabat di raja, cinta pasangan di raja, GSC, skandal istana, gossip VIP, datuk datin, datin diaries, jelatang drama, shopping mall, male, sell, Y.M Raja Ahmad Alaudin, Raden Pictures Sdn Bhd, perkahwinan di raja, Dato’ Seri Mimi Wahida Wahman, photos, brunei, royal wedding, engagement, pertunangan di raja, selebriti kahwin, gambar Cat berkahwin, vie shanti, menipu, skandal erra hans, pencalonan festival filem 20, pencalonan FFM 20, erra fazira gossip, foto hans erra, fazura cantik, dynaz, Seberang Prai, jom melancong, fantasi seks, seksual, erotisme, erotic, tengku di raja[/tags]

dynaz

Dynaz

dynaz

nurfazura

tengku

tengku mimi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Spotted! Promosi Album Letto Meet Fans di MidValley

Hollywood: Tom Cruise, Katie Holmes, Will Smith Rai David Beckham