in , ,

Syamel Tunjuk Kemarahan Dalam Single CURANG

Kebelakangan ini lagu-lagu Syamel bernafaskan seolah-olah beliau menjadi mangsa kecurangan. Adakah ianya benar?

Syamel bukanlah nama asing dalam industri muzik tempatan. Sejak bakatnya dicungkil lewat program realiti Akademi Fantasia tidak lama dahulu, beliau terus mengukir satu demi satu kejayaan lewat karya-karya seninya yang berkualiti. Terbaru, Syamel kembali dengan sebuah lagi lagu solo hebat berjudul ‘Curang’. 

Kadar Penceraian Jadi Inspirasi ‘Curang’ 

Single ‘Curang‘ merupakan sebuah lagu berentak balada dan terhasil setelah para penciptanya mendapat ilham dengan melihat kadar penceraian yang semakin meningkat dalam masyarakat masa kini. Digubah dan ditulis sepenuhnya oleh Aepul Roza dari Drama Band dan juga Syamel sendiri, lagu ini turut dihasilkan bersama sebuah klip video menarik yang menampilkan lakonan hebat Syamel serta Elisya Sandha.

Klip video lagunya menceritakan bagaimana watak Syamel yang bekerja keras untuk keluarganya disalah anggap oleh isterinya sendiri. Pada masa yang sama watak Syamel mendapat tahu yang isterinya sedang bermain kayu tiga dengan adik Syamel sendiri.

Selepas ternampak isterinya keluar bercinta bersama adiknya sendiri, Syamel gagal menahan kemarahan dan terus menumbuk adiknya sehingga dia ditangkap polis dan dipenjarakan.  

Curang - Syamel

Klip video terbitan Picturematter itu telah menjalani penggambaran di sekitar Malaysia dan Singapura.

”Lagu Curang merupakan karya terbaru hasil nukilan Aepul Roza dari Drama Band serta Syamel sendiri dan saya berharap lagu ini dapat menambat hati ramai orang diluar sana dan juga mendapat tempat di hati para pendengar radio .”

FerosKetua Label Muzik, Rocketfuel Records

Lagu ‘Curang’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Curang’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.  

Syamel Syamel

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Eizlan Yusof Bakal Tamatkan Zaman Duda, Bakal Nikahi Wanita Mualaf

Spotify Wrapped 2019 Umum K-Clique Artis Tempatan Paling Banyak Distrim