in , ,

Sony Pictures Lancar Poster Rasmi Filem DON’T BREATHE 2

Bersediakah anda untuk menghadapi perasaan takut berada dalam kegelapan? Nah! Kegelapan itu menanti anda dalam sebuah filem thriller berjudul DON’T BREATHE 2

Setelah melancarkan trailer pertama, Sony Pictures telah melancarkan poster rasmi pertama filem sekuel yang dinantikan, DON’T BREATHE 2, menampilkan pelakon berkarakter Stephen Lang kembali memegang watak sebagai lelaki buta yang menakutkan. Anda boleh lihat poster tersebut dibawah.

Filem DON’T BREATHE 2

Selepas kejayaan filem pertama, Don’t Breathe 2 akan meneroka perwatakan protagonis Norman (Stephen Lang) yang kini menjadi bapa kepada seorang kanak-kanak berusia 11 tahun bernama Phoenix (Madelyn Grace). Keluarga baru itu bagaimanapun diserang oleh penceroboh yang lebih merbahaya dan menakutkan, dan mensasarkan kanak-kanak yang dijaga Norman. 

Don’t Breathe 2 diarahkan oleh Rodo Sayagues manakala lakon layar ditulis secara bersama oleh Fede Alvarez dan Rodo Sayagues. Kedua-dua mereka sebelum ini terlibat dalam pembikinan filem pertama dengan Alvarez berfungsi sebagai pengarah. Filem ini diterbitkan oleh Fede Alvarez, Sam Raimi, dan Rob Tapert.

Stephen Lang mengulangi peranannya sebagai Norman Nordstrom / “The Blind Man”, di samping Brendan Sexton III dan Madelyn Grace serta beberapa pelakon lain dalam peranan pelakon pembantu. 

Don’t Breathe 2 akan datang di pawagam Malaysia tidak lama lagi. Tarikhnya belum ditentukan lagi kerana pandemik masih lagi kita jalani. Filem ini dinilai ‘R-rated’. Ayuh… nonton trailer disini.

Sebelum ini, Screen Gems dan Stage 6 telah melancarkan trailer pertama Don’t Breathe 2, memberikan pandangan pertama kepada penonton mengenai keganasan dan debaran yang bakal dirasai dalam filem sekuel akan datang. 

Filem DON’T BREATHE 2
Filem DON’T BREATHE 2
Filem DON’T BREATHE 2
Filem DON’T BREATHE 2
Filem DON’T BREATHE 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aplikasi Penstriman Islamik Nurflix 2.0 Akan Dilancarkan Pada 1 Muharram Ini

AKU BUDAK BOY Neon Band Bakal Saingi Kejayaan Lagu Aku BUDAK GIRL Suekhaizhar