in ,

Songlap Terima 15 Pencalonan di FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-25

Filem Songlap yang diterbitkan oleh Grand Brilliance bersama Red Films telah menerima 15 pencalonan secara keseluruhan dalam Festival Film Malaysia ke 25.

Antara kategori anugerah yang turut mencalonkan SONGLAP ialah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Sinematografi Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Penyunting Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita dan Pelakon Pembantu Lelaki.

iklan songlap

PENCALONAN FILEM SONGLAP UNTUK FESTIVAL FILM MALAYSIA KE-25

Filem SONGLAP adalah filem kedua pasangan suami isteri Effendee Mazlan & Fazira Azlina Ishak yang diterbitkan oleh penerbit Lina Tan dari Red Films. Filem pertama mereka ialah Kami (the movie).

“SONGLAP lahir daripada pemikiran kreatif pasangan suami isteri Effendee & Fazira,” kata Lina Tan. “Mereka mula mula mempunyai idea untuk jalan cerita mengenai 2 adik beradik tetapi olahan lakonlayarnya mengalami pelbagai perubahan sebelum kami bersedia untuk mendapat dana untuk menjalankan penggambaran. Process penulisan skrip mengambil selama dua tahun sebelum ia sedia untuk difilem.”

Fariza yang dicalonkan di dalam kategori Lakon Layar, Cerita Asal dan Pengarah berkata,

“Memang susah untuk melahirkan sebuah karya yang asli berlatar belakangkan tema pemerdagangan manusia terutamanya bayi. Kami telah membuat penyelidikan bagi mendapatkan gambaran yang lebih mendalam bagaimana sindiket ini dijalankan. Dan dengan berbekalkan informasi ini kami pun mula membina dunia SONGLAP.”

Effendee selaku pengarah bersama berkata,

“Melahirkan SONGLAP sememangnya satu kolaborasi bersama Lina, tenaga produksi dan para pelakon. Proses ini berterusan ke hari penggambaran sehinggalah ke hari filem ini sedia ditayangkan. Kami bersyukur penat lelah semua yang terlibat telah menghasilkan sebuah filem yang penuh makna bagi kami. Unsur humor, aksi lawan, adegan kereta kejar mengejar, suspen, watak-watak hidup yang membolehkan penonton berasa empati, simpati, kasih sayang, benci serta sebuah cerita yang boleh mencetuskan diskusi adalah hasil daripada masa yang diluahkan bertukar pendapat, mengolah dan memperbaiki apa yang perlu.”

“Untuk mewujudkan sebuah dunia yang realistik juga melibatkan proses yang terperinci. Dari warna baju, jenis kereta hinggalah ke bunyi cengkerik, setiap elemen dipertimbangkan. Tetapi dunia ini hanya boleh wujud menerusi watak- watak yang dicipta. Oleh itu, kami bertuah dapat bekerjasama dengan para pelakon yang berbakat tinggi dalam menyelami dan menghidupkan watak-watak yang disandang,” kata Fariza.

Shaheizy Sam yang dicalonkan untuk Pelakon lelaki terbaik berkata,

“Pengalaman bekerja bersama Fariza dan Effendee adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat saya lupakan kerana proses pembikinannya yang sangat teliti. Bukan semua penerbit sanggup memberikan kelonggaran dan kepercayaan penuh kepada pembikin untuk berkarya dan terbukti berjaya menghasilkan karya yang menjadikan antara yang terbaik dihasilkan oleh pembikin kita sendiri. Oleh itu, kredit besar juga harus diberikan kepada Red Films sebagai penerbit.”

Shafie Naswip berkata,

“Pada saya berlakon dengan Red Films merupakan satu peluang buat saya untuk mengembangkan bakat saya. Filem SONGLAP telah memberi medium baru untuk saya dari segi berfikir dengan lebih jauh dan melakukannya. Fariza dan Effendee boleh saya kategorikan sebagai pengarah yang memahami pelakon dan butiran tentang berlakon.”

Sara Ali berkata,

“Saya rasa berterima kasih terhadap Red Films dan kepada pengarah SONGLAP Fariza dan Effendee kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk menyandang watak ‘Hawa’ dalam SONGLAP. Sebagai pelakon baru dalam industri ini saya rasa amat berbangga dan terharu.”

Normah Damanhuri berkata,

“Saya memang suka memilih dan berlakon watak yang mencabarkan. Saya terasa begitu terkejut apabila mendapati watak saya ini, walaupun tidak mempunya banyak scene tetapi telah mendapat sambutan yang begitu ramai daripada meskinpun orang muda malah orang tua. Bekerja dengan team Red Films dan pengarah – pengarah, Fariza dan Effendee memang menyeronokkan. Meraka memberi kebebasan kepada saya untuk melakonkan watak itu dengan kreativiti saya di samping membantu saya menghayati watak ini. Bekerjasama dengan Red Films sangat seronok kerana tiada tekanan, dan mereka bekerja dalam satu team yang erat di samping membelai dan memastikan semua pelakon dan pihak dijaga dan diurus dengan baik.”

”Pencalonan Filem SONGLAP kini di Filem Festival Malaysia ke 25 tidak dijangka sama sekali tetapi saya amat terharu dengan pencalonan dalam semua kategori utama. Haris Hue Abdullah yang dicalonkan untuk kategori Sinematografi terbaik telah bekerja di dalam semua filem terbitan Red Films dari Gol & Gincu, Pisau Cukur, Istanbul Aku Datang dan filem terbaru Kami Histeria.

Haris telah bekerja dengan syarikat saya Red Communications sejak ia ditubuhkan iaitu 12 tahun yang lepas. Wong Hui Lynn yang dicalonkan untuk penyuntingan dan Zolkefli Mat Tahir yang dicalonkan untuk penataan bunyi adalah penyunting dan soundman, masing- masing bekerja di Red Communications. Angie Choo yang dicalonkan untuk Penataan Seni dan Muhammad Sharezzahadi Koh yang dicalonkan untuk pereka Kostum/Busana juga mula bekerja dengan kami selepas habis universiti. Saya sangat bangga kerana kerja keras mereka diiktiraf dengan pencalonan ini bersama nama nama besar yang lain.”

Pencipta musik Monoloque yang dicalonkan dalam kategori Skor muzik asal berkata,

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Lina, Effendee dan Fariza kerana telah mempercayai bakat saya dengan memberi saya tanggungjawab serta mandat yang sangat besar untuk mengarang skor filem SONGLAP sekaligus membawa ia untuk tercalon dalam festival filem Asia pasifik dan juga yang terkini FFM.”

Fariza berkata

“Kami amat gembira dan berbesar hati dengan pencalonan Songlap dalam kategori yang begitu banyak. Memang terharu untuk mengetahui bahawa dedikasi dan kerja keras dalam membina secara terperinci dunia yang dipanggil SONGLAP ini dihayati dan dihargai. Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada calon-calon yang lain. Kami sebenarnya masih terpinga-pinga kerana berada di antara bakat-bakat yang amat besar di dalam industri ini. Persaingannya cukup sengit tetapi kita hanya boleh tunggu dengan penuh debaran hari FFM diadakan untuk mengetahui keputusan para juri.”

Budiey ucapkan tahniah buat semua yang menjayakan filem Songlap. Korang semua adalah SEJARAH!

Fariza-the-director

Fariza Pengarah Songlap

Effendi-in-action

Effendi

Haris-Hue-in-Action

Haris Hue

Normah-Damanhuri-as-Rita

Normah Damanhuri sebagai Rita

Omar-Abdullah-sebagai-Pak-Din-

Omar Abdullah sebagai Pak Din

Sam-sebagai-Am

Sam Sebagai Am

Sara-Ali-as-Hawa

Sara Ali sebagai Hawa

Syafie-Naswip-as-Ad

Syafie Naswip sebagai Ad

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Pass Masuk Ke Festival Filem Malaysia 25

Drama Kemboja Di Laman Chin Peng Lakonan Zaidi Omar