in ,

Peraduan Menangi Pass Masuk Ke Festival Filem Malaysia 25

[dropcap]F[/dropcap]estival Filem Malaysia merupakan acara kemuncak bagi industri filem Malaysia, ia diumpamakan seperti anugerah Oscar di Hollywood. Festival tahun ini merupakan yang ke 25 dalam siri FFM. Bakal diadakan di Dewan Planery, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada hari Sabtu, 2 Mac 2013 jam 9 malam festival ini bertujuan meraikan kejayaan karyawan industri dan merangsang usaha memartabatkan industri perfileman tanahair yang kini menampakkan kegemilangan industri perfileman tanah air.

ffm25

Malam Anugerah #FFM25 akan dipancarkan secara langsung pada jam 9 malam menerusi MUSTIKA HD, ASTRO RIA & RTM2.

Majlis Pelancaran FFM25 pula akan diadakan pada 27 Februari 2013 ini di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara pada jam 8 malam.

Festival Filem Malaysia ke-25 akan dihoskan oleh Fahrin Ahmad dan Erra Fazira. Jika FFM yang lalu Johan Raja Lawak & Kak Ogy, kali ini pemilihan agak lain sebab menggandingkan pelakon drama popular.

Salam kepada semua pembaca Sensasi Selebriti,

Budiey ingin memberikan kepada anda 20 keping pass menonton Festival Filem Malaysia 25 di Dewan Planery, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada 2 Mac 2013 kepada 10 orang pembaca.

Setiap pembaca yang menang dapat 2 keping tiket untuk setiap pemenang yang dapat menjawab soalan berikut:

Soalan 1:
1. Namakan dua orang pengacara Festival Filem Malaysia 25?

Soalan 2:
2. Apakah tema Festival Filem Malaysia 25?

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Festival Filem Malaysia 25 akan lebih menarik jika…. (tidak lebih daripada 15 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Pass Masuk Festival Filem Malaysia 25

Tarikh tutup peraduan:
24 Februari 2013 – jam 2 petang

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
  3. Semua pemenang akan dihubungi melalui email & twitter
  4. Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, Twitter, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
  5. Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat untuk memenangi tiket yang ditawarkan
  6. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  7. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  8. Tiket-tiket yang dimenangi akan diberikan kepada pembaca sebelum majlis berlangsung.
  9. Keputusan juri adalah muktamad.
  10. Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
  11. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.
  12. Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jom tonton Promo FFM25

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Rahsia Terbongkar Tunang Fizz Fairuz Sebenarnya Isteri Orang

Songlap Terima 15 Pencalonan di FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-25