in ,

Peminat Teruja Song Joong Ki & So Ji Sub Datang Ke Malaysia

Khas buat anda yang meminati filem dari Korea, ini adalah berita gembira buat anda. Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan penangan filem ‘Train to Busan’ yang sememangnya mendapat ‘feedback’ yang sangat baik di Malaysia. Kini sebuah lagi filem dari Korea Selatan berjudul ‘The Battleship Island’ akan ditayangkan di Malaysia tidak lama lagi.

Song Joong Ki Dan So Ji Sub Akan Datang Ke Malaysia!

Berita gembiranya adalah pelakon utama dalam filem aksi tersebut iaitu Song Joong Ki dan So Ji Sub akan ke Malaysia bagi mempromosikan filem berkenaan.

the-battleship-island-1

Pelakon utama Song Joong-ki, So Ji-sub dan Hwang Jung-min, bersama pengarah Ryoo Seung-wan, akan menjadi sebahagian daripada “The Battleship Island” Malaysia Star Tour, yang akan berlangsung pada 9 Ogos 2017.

4a686ef513056f5511bae91da090513a

Akan tetapi, maklumat lanjut seperti masa dan tempat masih belum diberitahu. Apa yang penting peminat hiburan Korea di Malaysia akan bertemu Song Joong-Ki dari siri drama popular, “Descendants of the Sun”, Hwang Jung-min dari filem seram “The Wailing” dan So Ji-sub, dari pelbagai filem dan drama seperti “A Company Man” dan “Oh My Venus”.

the-battleship-island-post

Untuk anda yang berminat untuk menonton filem ini, secara keseluruhannya filem aksi sejarah ini menceritakan tentang tiga orang yang mereka cuba melarikan diri dari Battleship Island sambil memimpin 400 tawanan Korea bersama selama era kolonial Jepun. Filem ‘Battleship Island’ akan mula ditayangkan pada 17 Ogos ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BOLT OF TALENT Unveils Eight Musical Talents Vying

Sinopsis Telemovie Madu 3 Suku Lakonan Eizlan Yusof