in ,

Sinopsis Telemovie Madu 3 Suku Lakonan Eizlan Yusof

Lumrah hidup manusia tak pernah cukup dengan satu. Sudah ada satu nak tambah dua, sudah ada dua nak lengkapkan jadi tiga pula. Realitinya kisah ini terjadi dalam masyarakat kita bila ada suami yang ingin menambah isteri.

Namun apa terjadi bila isteri yang dinikahi rupanya ada ikatan persaudaraan antara satu sama lain? Pada masa sama ketika perkahwinan dengan isteri kedua mereka sama-sama setuju tidak akan ada pernikahan kali ketiga atau harta suami secara keseluruhannya dibahagikan sama rata kepada isteri-isterinya.

Madu 3 Suku

Pengajaran Dalam Telemovie Madu 3 Suku Slot Panggung Ahad Di TV1

Menampilkan watak utama Eizlan Yusof sebagai Haji Rahim juga Jasmin Hamid, Puteri Najwa, Mardiana Alwi dan Man Raja Lawak, ikuti kisah konflik kekeluargaan ini menerusi telemovie “Madu 3 Suku” mengisi slot Panggung Ahad pada 6 Ogos ini, pukul 10.05 pagi di TV1.

Kisahnya bermula dengan Haji Rahim yang merasa dirinya makin tersisih dari perhatian dan kasih sayang dua orang isterinya. Melati, isteri pertama sibuk berpersatuan dan menguruskan masalah oang lain. Manakala Kuntum, isteri kedua yang dinikahi dengan izin Melati, juga sibuk dengan perniagaan bakerinya dan juga sedang berdepan dengan saingan niaga dari Borhan, bekas suaminya sendiri.

Dalam satu percutian bersendirian untuk hiburkan hati, Haji Rahim bertemu dengan Seroja. Penampilan luaran Seroja yang riang, kelakar dan manja menarik hatinya. Haji Rahim merasa dirinya jatuh cinta lagi namun untuk awal waktu Haji Rahim cuba kawal diri. Sehinggalah Haji Rahim terlibat dalam satu insiden selamatkan Seroja dari jadi mangsa cemburu dan ekoran dari itu, Haji Rahim sudah tidak dapat menahan rasa cintanya pada Seroja.

Haji Rahim mahu berkahwin dengan Seroja. Cuma yang jadi penghalang ketika itu adalah janji Haji Rahim sendiri pada Melati dan Kuntum. Waktu Melati izinkan Haji Rahim berkahwin dengan Kuntum dan waktu Kuntum merelakan diri bermadu dengan sepupunya sendiri, keduanya menegaskan, tidak ada madu lagi selepas itu. Kalau Haji Rahim langgar janjinya, semua harta milik Haji Rahim akan jadi milik Melati dan Kuntum. Janji itu membuatkan Haji Rahim pening sendiri dalam menahan diri dan cintanya pada Seroja.

Seroja pula dalam masa yang sama berdepan dengan masalah dengan Saerah, emak tirinya yang bersifat mata duitan. Saerah kawal semua duit ringgit Seroja. Seroja tidak mampu membantah kerana terikat dengan budi Saerah yang menjaganya sejak kecil. Haji Rahim minta pendapat Lebai Sharif. Lebai Sharif tegaskan, berani buat berani tanggung. Semangat Haji Rahim meluap.

Hatim jadi utusan berdepan dengan Saerah untuk panjangkan hasrat Haji Rahim itu. Saerah tak banyak dolak dalik bila tahu siapa Haji Rahim. Bahkan saja Saerah pula yang desak Seroja supaya terima Haji Rahim sebagai suami. Saerah siap susun masa dan majlis perkahwinan itu. Seroja terjerat. Walaupun Seroja mahu dahulukan cita-cita dari berumahtangga, desakan berterusan dari Saerah membuatkan Seroja mengalah. Haji Rahim dan Seroja berkahwin dalam satu majlis tertutup.

Selesai majlis, Seroja terkedu bila tahu dirinya jadi isteri ketiga Haji Rahim. Dan tambah tekedu bila Seroja dapat tahu dia bermadu dengan emak saudara dan sepupunya sendiri. Dalam gembira hajatnya tercapai, Haji Rahim jadi bimbang rahsianya pecah dan janjinya sendiri akan makan diri.
Lantas bermulalah permainan Haji Rahim dengan isteri pertama dan keduanya. Haji Rahim pantau semua aktiviti Melati dan Kuntum. Haji Rahim jadi lebih baik kepada keduanya. Haji Rahim lekakan keduanya dengan duit ringgit.

Muslihat Haji Rahim berhasil sehinggalah kejutan datang dari Seroja sendiri. Seroja rasakan dirinya sebagai isteri yang tak rasmi. Seroja mahu statusnya diiktiraf. Lantas Seroja bertegas mahu umumkan perkahwinannya secara rasmi di TV. Haji Rahim pujuk Seroja jangan buat begitu. Seroja berkeras.

Haji Rahim gunakan Saerah untuk halang rencana Seroja namun tidak juga berhasil. Seroja umumkan perkahwinannya dengan Haji Rahim secara langsung. Rahsia pecah. Haji Rahim langgar janjinya sendiri. Melati terima semua itu dengan kesal. Kuntum mengamuk. Melati tenteramkan Kuntum.

Keduanya bawa surat perjanjian pada peguam dan sekelip mata, Haji Rahim dapati dirinya kini sudah tidak punya apa-apa harta lagi. Saat Melati dan Kuntum tolak Haji Rahim, Seroja buktikan dirinya adalah isteri yang tidak memandang kebendaan. Seroja terima Haji Rahim sepenuh hati. Dalam waktu itulah juga Saerah hulurkan bantuan kepada Seroja dan Haji Rahim. Saerah jelaskan, dia bukan tamak tetapi itulah caranya untuk persediaan di hari depan.

Dalam pada itu Seroja cuba mendekatkan semula Haji Rahim dengan Melati dan Kuntum semula. Namun adakah percubaannya berjaya?

Online404 00121124

Online404 00503303

Online404 00493420

Online404 00254015

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peminat Teruja Song Joong Ki & So Ji Sub Datang Ke Malaysia

Peraduan Premiere With Budiey – Filem THE NUT JOB 2: NUTTY BY NATURE