in , ,

Snapchat Melancarkan Pengalaman AR Eksklusif Sempena Bulan Ramadan 

Sampaikan ucapan Ramadan kepada orang-orang tersayang dengan pelbagai Bitmoji, Geofilter dan Lensa AR tempatan yang meriah.

Sempena bulan Ramadan ini, Snapchat telah menyediakan pelbagai pengalaman AR yang eksklusif. Snapchatters boleh terus berhubung dengan keluarga dan rakan dengan cara-cara menarik di platform ini. 

Kirimkan salam dengan Lensa Ramadan! 

Berikan ucapan kepada orang-orang terdekat di sekeliling anda menggunakan beragam lensa baharu dari Snapchat. Anda boleh memilih lensa seperti ucapan selamat menyambut Ramadan yang ringkas ataupun ucapan Iftar untuk dihantar kepada rakan dan keluarga anda. 

Ramadan Bitmoji 1

Bertegur sapa dengan rakan dan keluarga anda yang sedang berbuka puasa dengan pesan Happy Iftar.

Suhoor &Amp; Iftar

Berikan ucapan Ramadan Mubarak kepada Snapchatter yang akan berpuasa.

Ceriakan ucapan salam anda dengan Bitmoji Ramadan baharu

Snapchatters kini boleh memberi ucapan kepada rakan dan keluarga dengan menggunakan Bitmoji kegemaran mereka – kini tersedia dengan bermacam tema Ramadan dan ucapan tempatan!

Tunjuk keseronokan anda dengan Stickers

Pilih daripada Stickers berbagai rupa untuk dihantar kepada rakan dan keluarga selama bulan Ramadan, ataupun sertakan Stickers ini apabila anda mengambil Snap hidangan berbuka anda.

Ucapkan rakan dan keluarga anda di Snap untuk Iftar atau Buka Puasa dengan stickers!

Cara mengaktifkan lensa Snapchat menggunakan Snap Code

  • Buka Snapchat dan halakan kamera anda pada sebuah Snapcode.
  • Tekan dan tahan pada Snapcode di skrin anda untuk mengimbasnya. 

Cara membuat / mengakses Bitmoji 3D anda sendiri:

  • Muat turun Bitmoji di iOS atau Android.
  • Selepas mendaftar, togol antara ikon ‘Avatar’ dan ‘Fashion’ di bahagian bawah layar untuk menyesuaikan Bitmoji anda.
  • Ketik pada ikon gear di penjuru kanan sebelah atas.
  • Tatal ke bawah untuk menemukan ‘Link to Snapchat’ dan ketik ‘Continue’ untuk sambungkan akaun Bitmoji anda ke Snapchat.
  • Di Snapchat, ketik ikon Bitmoji di penjuru kiri sebelah atas untuk melihat Bitmoji anda yang baru buat dalam bentuk 3D. 
  • Ketik pada Bitmoji untuk menukar pose dan latar belakangnya!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sabrina

Sabrina Pujuk Hati Pendengar Melalui  Lagu Berjudul MENANGISLAH

Hiasan Trending Viral | 18

Pay for a Day, Play for a Year at LEGOLAND® Malaysia Resort X MATTA Fair