in , ,

Sabrina Pujuk Hati Pendengar Melalui  Lagu Berjudul MENANGISLAH

Sabrina Penyanyi Baru Yang Memujuk Hati Pendengar Melalui  Lagu Terbarunya Berjudul MENANGISLAH. 

Penyanyi muda berbakat besar Sabrina telah melancarkan single barunya  yang berjudul Menangislah, lagu yang berunsur pop moden ini adalah hasil ciptaan composer  muda yang sedang meningkat naik Aliff Hassan, Muluk & Seorang lelaki, Keluaran Hotsound  Record dan AJ Music.  

Penyanyi yang baru berusia 19 tahun ini bertuah kerana baru saja berjinak jinak dalam bidang  nyanyian dia telah pun dilamar oleh syarikat rakaman Hotsound Record, 

Hotsound Record yang sinonimnya melahirkan bakat bakat baru seperti (Tuah Adzmi, Lia Aziz, Yulia Kamelia dan ramai lagi) telah pun mendapatkan Sabrina untuk menjadikan artis terbaru  mereka di tahun 2022.

Selain bernyanyi Sabrina juga seorang pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebanggsaan (Aswara) jurusan Vokal dan Piano, ini sedikit sebanyak membantunya untuk lebih bersedia untuk memasuki industri muzik tanah air, beliau juga pernah memasuki pertandingan pertandingan nyanyi dan sering mendapat tempat terbaik di sesebuah pertandingan nyanyian. 

Sabrina Pujuk Hati Pendengar Melalui  Lagu Berjudul MENANGISLAH

“Antara cabaran saya dalam rakaman lagu Menangislah ialah mempunyai perasaan yang gugup, oleh kerana ini adalah pertama kali saya memasuki studio rakaman yang profesional,

Selain itu  proses mendapatkan penghayatan lagu juga antara salah satu cabaran paling besar untuk saya saya,

Menjiwai sesebuah lagu amat penting, supaya lagu yang dinyanyikan itu sampai di hati  pendengar dan memberi kepuasan juga sebagai seorang penyanyi,

Dan di atas bantuan produser  dan komposer saya telah pun berjaya merakamkan lagu Menangislah dengan baik dan saya amat  berpuas hati bila mendengar hasil rakaman ini,”

– Sabrina
Sabrina Pujuk Hati Pendengar Melalui  Lagu Berjudul MENANGISLAH

Sabrina berharap agar lagu ini dapat diterima baik oleh seluruh pencinta muzik tanah air di  seluruh Malaysia, lagu Menangislah boleh didengari di seluruh digital platform muzik.

Sabrina Pujuk Hati Pendengar Melalui  Lagu Berjudul MENANGISLAH

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

‘Pasang Terus’ Dan Nikmati Pemasangan Internet Fiber Pada Hari Yang Sama

Snapchat Melancarkan Pengalaman AR Eksklusif Sempena Bulan Ramadan