in

Skuad D6 Putrajaya Cecah Kutipan Hampir Sejuta Penonton

Siri Skuad D6 Cecah Kutipan Hampir Sejuta Penonton Di TV2

Dengan kutipan mencecah hampir sejuta penonton, drama perisikan dan penyiasatan SPRM bertajuk Skuad D6 Putrajaya yang mula disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) episod pengenalannya pada 4 Julai lalu, jam 9.00 malam di TV2 yang memaparkan kisah sekumpulan kumpulan yang diketuai oleh Abu Ghaib menyeludup senjata api dari Negara jiran, Thailand membuktikan siri ini begitu diterima penonton.

Meskipun tidak membariskan nama-nama besar dalam bidang lakonan, drama arahan pemenang Anugerah Seri Angkasa 2010, Fahmi Sarindi (Unit Drama TV RTM) yang mengetengahkan kemunculan Hafidzudin Fazil, Qazem Nor, Lash Mokhtar, Xavier Fong, Zulaika dan Ruzanna Ibrahim selain mengundang Mubarak Majid, Syed Ali, Haji Abu Bakar Juah, Ery Putra, Shaharudin Thamby, Kenji Sawahi, Roslan Salleh, Wong Sip Nen, Namron dan Adam Corrie dalam episod berlainan ini ternyata memberi impak yang berkesan kepada penonton dalam berkongsi tugas-tugas anggota perisikan ini tidak semudah yang dijangkakan kerana mereka berhadapan dengan pelbagai dugaan, tipu helah dan perangkap dari pihak sindiket yang amat licik.

Aksi ... dalam Skuad D6 Putrajaya

Apatahlagi kegiatan penyeludupan senjata api semakin berleluasa di mana melibatkan anggota tentera Malaysia yang mengawal sempadan Thailand. Ada anggota tentera yang menerima rasuah daripada ketua sindiket bagi memberi maklumat jadual rondaan di sempadan dan sekali gus membantu sindiket penyeludupan senjata api membawa senjata-senjata itu masuk bagi tujuan menyiap sedia satu kumpulan militia yang mahu menjatuhkan kerajaan.

Skuad D6 Putrajaya ditugaskan merisik dan mendapatkan maklumat adanya jenayah rasuah. Namun, perisikan mereka juga berjaya mendapatkan bukti bahawa terdapat satu rancangan pengganas bagi menjatuhkan kerajaan Malaysia. Dan apabila Skuad D6 menyerbu satu penemuan antara rasuah dengan ketua sindiket, mereka di ancam oleh beberapa anggota militia tersebut dan berlaku pertempuran hebat antara anggota militia dan skuad D6.

Menariknya minggu ini, 18 Julai, jam 9.00 malam di TV2 dengan episod Ops KL Drift, Skuad D6 Putrajaya membawakan pula kisah Zack yang terlibat dalam pengubahsuaian kereta yang tidak mendapat lulusan dari pihak berkuasa serta memperoleh kereta mewah tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa dan keretanya tidak didaftarkan tetapi mempunyai cukai jalan yang sah dan ayahnya iaitu Datuk Azhar terlibat dalam penyeludupan kereta mewah yang didalangi sindiket kereta mewah melibatkan orang kenamaan.

Unsur rasuah diberikan oleh pemilik syarikat berkenaan. Orang kenamaan berikut terlibat dalam merasuah badan kerajaan untuk mendapatkan kereta mewah itu. Skuad D6 Putrajaya diperlukan untuk menyelesaikan segera kes ini kerana pihak Kastam Di Raja Malaysia meminta kerjasama kita kerana sindiket ini mudah melepaskan diri dari cukai bernilai lebih RM1juta ringgit.

Adegan tembak menembak dalam Suad D6 Putrajaya

Antara babak menarik dalam Skuad D6 Putrajaya

Pelakon utama Skuad D6 Putrajaya

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Winner Tune Talk’s Open 4 Incubus Band Competition Final

PUMA AW2011 Running Collection