in , ,

Macam Tak Percaya, Akhirnya Terbongkar Siapa ‘Datuk Seri’ Yang Didakwa Menipu Fizz Fairuz

Pemuda berpangkat Datuk Seri yang disyaki menipu kontrak pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak wujud direman dua hari untuk membantu siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, suspek berusia 26 tahun itu ditahan polis pada Rabu lalu oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang sebelum diserahkan kepada IPD Sentul untuk siasatan.

“Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Sentul sudah ke IPD Kajang untuk mengambil suspek itu dan kini ditahan di lokap Balai Polis Jinjang.

“Polis akan mendapatkan perintah reman ke atas suspek untuk memulakan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,”

Seorang lelaki yang sebelum ini ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kes penipuan melibatkan seorang pelakon terkenal akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Hari ini, Fizz Fairuz telah mengotakan janjinya untuk memaparkan Datuk Seri yang didakwa telah menipu dirinya di Instagram.

Macam Tak Percaya, Akhirnya Terbongkar Siapa ‘Datuk Seri’ Yang Didakwa Menipu Fizz Fairuz

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kertas siasatan berhubung kes berkenaan telah dilengkapkan dan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya pagi tadi

“Kami telah menerima arahan untuk mendakwa suspek yang berusia 26 tahun itu di Mahkamah Majistret pagi esok atas kesalahan menipu,” 

Lelaki bergelar Datuk Seri yang disyaki menipu pelakon, Datuk Fizz Fairuz berkaitan tender pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tidak wujud hingga menyebabkan kerugian RM18,100 sudah ditahan polis.

Difahamkan, suspek juga telah menipu tentang gelaran Datuk Seri yang digunakannya itu.

Pelakon berkenaan memaklumkan bahawa penipuan wang sebanyak RM18,000 itu adalah sebagai bayaran bon bagi sebuah tender projek di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dia mula menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan apabila individu itu menghilangkan diri dan selepas mendapatkan nasihat daripada beberapa kenalan sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

*Sumber: Kosmo!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ikhwan Rosli Cungkil Rahsia Kejayaan Artis Dalam Bidang Perniagaan

Siti Sarah, Shuib & Tiga Anak Positif Covid-19