in ,

Tajuddin Dikompaun RM1,500 Tak Pakai Pelitup Muka

Nampaknya Tajuddin tak serik-serik, sekali lagi beliau kena kompaun. Tak pe duit banyak setakat RM1,500 dia boleh bayar!

Bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikenakan kompaun RM1,500 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media pada 25 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata pihak Pejabat Peguam Negara sudah mengembalikan kertas siasatan berkaitan pelanggaran SOP oleh Tajuddin itu, semalam.

“Pejabat Peguam Negara memutuskan mengenakan kompaun RM1,500 ke atas beliau kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Tindakan itu selepas beliau gagal memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media berkaitan insiden kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen LRT KLCC seperti disyaratkan dalam SOP PKP yang sedang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.DISYORKAN UNTUK ANDA

Pada 25 Mei lalu, Tajuddin mengadakan sidang media selepas melawat lokasi dua tren LRT bertembung dalam terowong berhampiran KLCC, di sini, dilihat hanya memakai pelindung muka tanpa memakai pelitup muka.

Mohamad Zainal berkata, kompaun sebanyak RM1,500 itu akan dikeluarkan kepada Tajuddin dalam masa terdekat.

Pada 27 Mei lalu, Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan polis berhubung kes itu.

Pada hari berkenaan, polis turut merakam keterangan tiga kakitangan Prasarana dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi tujuan sama.

Syed Saddiq dirakam keterangan berhubung satu ciapan di akaun Twitternya mengenai tindakan Tajuddin yang tidak memakai pelitup muka ketika sidang media berkenaan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Sarah, Shuib & Tiga Anak Positif Covid-19

Micheal Ang Selar ‘Bimbo’ Jangan Tunjuk Bodoh, Sekali Rita Rudaini Mencelah