in ,

SEMAKIN Menang Lagu Terbaik SFMM33 Minggu Pertama

Tahniah buat Siti Sarah yang berjaya menyampaikan dengan baik sekali lagu SEMAKIN dan telah Menang Lagu Terbaik SFMM33 Minggu Pertama.

Dalam pada sibuk menghadiri acara media junket SEE WHAT’S NEXT ASIA 2018 di Singapura, Budiey.com sempat ke Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam untuk mengikut persembahan 11 buah lagu di Separuh Akhir Muzik Muzik 33.

Siti Sarah Raissuddin SEMAKIN SFMM33

Seperti tahun sudah, sebanyak 30 buah lagu berentap di SFMM33 untuk memenangi hati juri, namun hanya 12 lagu akan dipilih untuk bertanding di pentas AJL33.

Video Pengumuman Lagu SEMAKIN Sebagai Lagu Terbaik SFMM33 Minggu Pertama

Untuk minggu pertama, SFMM33 telah memilih lagu SEMAKIN nyanyian Siri Sarah sebagai lagu terbaik. Tahniah Siti Sarah yang berhempas pulas untuk menyempurnakan persembahan lagu ini. Ramai bersetuju lagu ciptaan sepenuhnya Mera Utama ini disampaikan dengan penuh penghayatan dari Siti Sarah.

Namun, anda perlu ingat, lagu Semakin nyanyian Siti Sarah yang menang malam tadi tidak semestinya akan layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL) 33. Ini kerana sebanyak 19 buah lagu lagi akan berentap dalam dua pusingan SFMM33 pada 16 dan 23 November depan. Mana tahu lagu lain lagi best ke kan?

Nah! Persembahan Dengan Vokal Bertenaga & Penghayatan Mantap dari Siti Sarah

Pertandingan minggu pertama yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral itu turut menyaksikan lagu Di Matamu nyanyian Sufian Suhaimi, Dia oleh penyanyi Qody, Mimpi (Liza Hanim), Bercanda Di Malam Indah, dan Seindah Berdua dendangan Dewi Seriestha.

Tidak ketinggalan lagu Kata Akhirmu nyanyian Ariff Bahran, Dia (Dayang Nurfaizah), Hikayat Benladin, Sesungguhnya oleh Alif Satar, dan Tak Pernah Hilang (Amylea X Kaer).

Selain itu, menghangatkan lagi suasana minggu pertama SFMM33 dengan persembahan penutup Mash-Up lagu Dari Sinar Mata dan Teman Pengganti oleh Black & Bumiputra Rockers.

Siti Sarah Raissuddin SEMAKIN SFMM33

Siti Sarah Raissuddin SEMAKIN SFMM33

Siti Sarah Raissuddin SEMAKIN SFMM33

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netflix Announces 8 Original Films & One Original Series From India

Muat Naik Foto Lama Bukti Rita Rudaini Tiada Masalah Dengan Aidil Zafuan