in ,

Viu Catat Lonjakan Peningkatan Sebanyak 37% Pengguna Aktif Bulanan MAU

Viu catat lonjakan peningkatan sebanyak 37% pengguna aktif bulanan MAU*,menjangkau lebih 49 juta pengguna. Sementara, pelanggan berbayar meningkat sebanyak 62% dan pendapatan perolehan mencapai lebih 47%

Viu terus meraih bilangan pengguna aktif bulanan tertinggi di Asia Tenggara untuk suku tahunan ketujuh berturut-turut mengikut laporan suku tahunan MPA’s AMPD SEA

  • Pertumbuhan teguh ditunjangi barisan kandungan yang bermutu tinggi dan mengukuhkan ekosistem rakan kongsi
  • Mengumumkan siri Korean Viu Original yang paling dinantikan, Now, We Are Breaking Up menampilkan barisan pelakon hebat Song Hye Kyo dan Jang Ki Yong

PCCW (SEHK:0008) – HONG KONG, 6 Ogos 2021 – Viu, peneraju perkhidmatan striming video OTT pan-serantau PCCW, hari ini mengumumkan pencapaian besar prestasi bagi H1 2021. Sementara pengguna aktif bulanan (MAU) meningkat kepada 49.4 juta, iaitu pertumbuhan sebanyak 37 % tahun ke tahun, pelanggan berbayarnya juga meningkat  sebanyak 62 % kepada 7.0 juta dan pendapatan perolehan meningkat sebanyak 47 % tahun ke tahun. 

Rantau Asia Tenggara dan Timur Tengah serta Afrika secara konsisten mencatat pertumbuhan tinggi, pemandu utama pasaran adalah Thailand dan Indonesia, iaitu pasaran yang terbesar dan paling pesat pertumbuhannya bagi Viu. Merupakan pendokong kuat kepada model dwi perolehan, Viu berterusan menyaksikan pertumbuhan pesat dari segi pendapatan. Pertumbuhan ini didorong lebih daripada 80 rangkaian kuat perkongsian di dalam ekosistem digital di seluruh pasaran termasuk telekomunikasi, pembuat peranti, perniagaan runcit dan e-dagang dan rakan kongsi pengedaran kandungan. Ini telah membantu memberikan titik akses yang luas dan asas yang besar bagi meraih pengguna dan meluaskan monetisasi.

Menurut laporan terbaharu Kajian Media Partners Asia (MPA)’s AMPD, Viu kekal di kedudukan No.1 dari segi bilangan pengguna aktif bulanan (MAU) untuk suku tahunan ketujuh berturut-turut* di Asia Tenggara. Viu juga berada di kedudukan kedua dari segi pelanggan berbayar dan minit striming dalam kalangan platform striming video utama di Asia Tenggara bagi H1 2021*. Ini seterusnya mengesahkan kedudukan kuat Viu dalam kalangan perkhidmatan striming di Asia Tenggara dan popularitinya dalam kalangan penonton secara dalam talian.

Cik Janice Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Viu dan Pengarah Urusan PCCW Media Group, berkata, “Di Viu kami meneruskan komitmen untuk memberikan pengguna kandungan Asia yang terbaik dan pengalaman striming video yang hebat. Kami menyaksikan pertumbuhan teguh pada H1 2021, didokong oleh barisan kandungan yang hebat dan diperteguh oleh ekosistem perkongsian kami. Gabungan data analitik kami dengan kehadiran di dalam pasaran tempatan, memastikan kami benar-benar memahami denyut nadi pengguna di mana kami beroperasi.”

*  Sumber: AMPD Research of Media Partners Asia (MPA) dan kalangan platform utama striming video tidak termasuk  YouTube dan TikTok di Asia Tenggara. 

* Laporan suku tahunan Q4 2019 – Q4 2020 merangkumi Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina dan laporan suku tahunan Q1 2021 dan Q2 2021 merangkumi  Indonesia, Malaysia, Thailand, Singapura, Filipina.

Viu meneruskan perluasan siri-siri Original Korea. Selepas melancarkan  Korean Viu Original berjudul River Where The Moon Rises dan Doom At Your Service pada H1 2021, Viu turut melancarkan Viu Original terbarunya, K-Drama yang paling dinanti-nantikan,  Now, We Are Breaking Umenampilkan barisan pelakon ternama Song Hye Kyo (Descendants of The SunThe Boyfriend) dan Jang Ki Yong (My Roommate is a GumihoSearch: WWW). Drama ini dijangka akan ditayangkan pada November depan. Selain daripada siri Korean Viu Original, komitmen Viu terhadap original tempatan kekal kukuh pada H1 2021 dengan pelancaran original antarabangsa termasuk Black S2 (Malaysia), uBettina Wethu (Afrika Selatan) dan bakal ditayangkan September ini, Assalamualaikum Calon Imam Series S2 (Indonesia).

Viu terus mengukuhkan portfolio kandungan Asianya untuk menjadi peneraju dan hab bagi kandungan premium popular Asia dengan rakan kandungan utama dari Tanah Besar China dan Thailand selain mengembangkan portfolio Anime. Viu turut meluaskan program penciptaan kandungan utamanya, Viu Pitching Forum ke Malaysia dan Thailand pada H1 dan berterusan menyokong ekosistem kreatif tempatan. 

Tentang Viu

Viu merupakan penyedia layanan streaming OTT (over-the-top) PCCW terkemuka rantau yang dikendalikan oleh Viu International Limited. Ianya boleh didapati di 16 pasaran termasuk di seluruh Asia, Timur Tengah,dan di Afrika Selatan dengan lebih 49.4 juta pengguna aktif setakat Jun 2021.

Perkhidmatan Viu boleh didapati dalam dua model iaitu tier pertama yang disokong dengan iklan dan tier langganan premium. Viu menyampaikan kandungan premium siri TV yang terkini, filem dan program gaya hidup lokal dan berbahasa rantau ini serta sari kata dalam pelbagai genre dari penyedia kandungan terkemuka, dengan genre berbeza dari penghantar kandungan terkemuka serta produksi asal premium di bawah jenama “Viu Original”.  

Viu juga menawarkan perkhidmatan penstriman dan ciri muat turun, serta pengalaman pengguna yang dilokalkan melalui pelbagai peranti bersambung. Viu boleh memberikan pengalaman tontonan terbaik tanpa mengira keadaan peranti atau rangkaian.

Perkhidmatan ini boleh diakses melalui aplikasi Viu (boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store dan Google Play) di peranti bersambung, cth. telefon pintar dan tablet, TV pintar terpilih, dan juga loh masuk di laman sesawang www.viu.com

Tambahan itu, Viu International Limited, melalui anak syarikatnya Moov (Hong Kong) Limited, turut mengendalikan MOOV, perkhidmatan penstriman muzik digital dan konsert muzik langsung yang popular di Hong Kong.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Sarah Kritikal, Pembedahan Keluarkan Bayi, Bacaan Yasin Dan Doa Diadakan

Siti Sarah Selamat Melahirkan Bayi Lelaki, Terpaksa Ditidurkan, Tahap Oksigen Tidak Stabil