in , ,

Rosakkan Lagu Siti Nurhaliza, Masdo Teruk Dihentam Netizen

Niat elok disalah ertikan. Mungkin Kugiran Masdo mahu melakukan kelainan atau menyuntik cara tersendiri semasa mendendangkan lagu Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Akibat olahan lagu Purnama Merindu tidak menepati cita rasa pendengar, nampaknya kali ini nama Kugiran Masdo pula yang dikecam hebat oleh netizen menerusi media sosial.

Kejadian ini berlaku apabila nyanyian mereka dalam segmen tribute untuk penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat pincang menerusi segmen Bombastik CTDK di salah sebuah stesen radio tempatan.

Kugiran Masdo

Tindakan Kugiran Masdo menyanyikan serta mengolah semula lagu tersebut telah menerima anggapan yang kurang menyenangkan daripada netizen yang menganggapnya sebagai satu penghinaan.

Kugiran Masdo

“Semoga tahun depan @hotfm976 hentikan program khas macam Bombastik CTDK kalau macam ni kualiti penyanyi yang diketengahkan untuk buat tribute!!

“MASDO clearly butchered the whole song jadi sampah, dengan lirik berterabur sana sini.

“Langsung tidak respect lagu ini dan penyanyi asalnya.

“Nyanyi sudah macam orang mabuk ketum. Ini bukan tribute, ini penghinaan tahu tak?

“Berdarah oii telinga aku dengar Masdo hancurkan lagu Purnama Merindu. Biadap betul buat lagu orang jadi sampah macam ini,”

– Pengguna Twitter

Namun demikian, walaupun menerima kecaman serta kritikan yang hebat namun ada juga netizen yang memandang perkara tersebut daripada sudut positif dengan memuji versi serta olahan yang dilakukan kugiran tersebut mengikut identiti mereka yang tersendiri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Sarah Pilih Syafiq Kyle Bintangi Muzik Video SEMAKIN

Kelibat Jake Gyllenhaal dalam Trailer Rasmi SPIDER-MAN: FAR FROM HOME