in , ,

Sharnaaz Ahmad & Isteri Pergi Jumpa Kaunseling JAWI?

Hubungan di antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya Noor Nabila Mohd Noor ternyata kini semakin menjadi teka-teki peminat lantaran beberapa status yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Desas desus tentang rumors rumahtangga Sharnaaz Ahmad dan isteri, Noor Nabila bergolak sudah lama di soseh-sosehkan oleh netizen. Bermula dari awal Mac tahun lalu, kebahagiaan rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan netizen apabila pelakon filem Juvana dan Darah Panas itu memuat naik beberapa status di laman sosial yang mencetuskan tanda tanya.

Sharnaaz-Ahmad-1-1024X704

Lebih menimbulkan teka-teki sebelum ini ,apabila Sharnaaz tidak kelihatan menemani isterinya pada majlis sambutan hari jadi ke-29 adik iparnya, Neelofa dan pelancaran koleksi hijab Be Lofa di sebuah pusat hiburan, tahun lalu.

Namun begitu, berita tersebarnya ucapan penuh makna pelakon, Sharnaaz Ahmad, 32, buat isterinya, Noor Nabila Mohd Noor, 29, sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka menepis tanggapan rumah tangga pasangan romantis itu sedang bergolak.

Terbaharu, gosip semacam itu kembali lagi apabila kedua-duanya baru-baru ini dikhabarkan telah berjumpa dengan kaunseling di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Perkara berkenaan telah didedahkan oleh sebuah Instagram yang menggunakan nama @makcik_puaka menerusi Insta Story menerusi perbualan seorang individu.

Sharnaaz Ahmad

Serba salah sebenarnya nak cakap… Actually Sharnaaz ada rujuk dengan kaunseling dekat JAWI hari tu… Sebab mak iolls ada keje kat sana… Dia cakap ada nampak Sharnaaz tu datang JAWI… tettt… wallahualam…

Serba salah sebenarnya nak cakap… Actually Sharnaaz ada rujuk dengan kaunseling dekat JAWI hari tu… Sebab mak iolls ada keje kat sana… Dia cakap ada nampak Sharnaaz tu datang JAWI… tettt… wallahualam…

“Betik.. mak iolls keje JAWI yang bagitahu Sharnaaz datang JAWI untuk kaunseling. Then Nabila pegi dengan bapa tiri dia,”

Sharnaaz Ahmad
LUAHAN HATI SHARNAAZ AHMAD DI INSTA STORY IG MILIKNYA
Sharnaaz Ahmad

Sementara itu, Noor Nabila pula meletakkan gambar Insta Story yang memberitahu beliau menunjukkan seperti watak Jane.

Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Jebat Jayden Ahmad pada 30 Ogos lalu.

Doakan yang baik-baik semoga rumahtangga Sharnaaz dan Noor Nabila aman sejahtera selalu. Amin.

Sumber:  KopiPlanet.com Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HONOR View20 Sets a New Gaming Milestone by Supporting Fortnite 60Hz Version

Siti Sarah Akui Silap Ubah Susunan Lagu SEMAKIN di AJL 33