in , ,

Spotify Melancarkan RADAR bagi Menyokong Artis yang Semakin Meningkat Naik

Artis yang perlu diikuti (dan didengari) akan dipaparkan dalam senarai main khas Spotify, dengan fokus terhadap artis yang semakin meningkat naik.

Spotify pada hari ini melancarkan RADAR, sebuah program global untuk artis yang semakin meningkat naik dengan 19 program berkaitan di lebih dari 50 pasaran di seluruh dunia. RADAR melambangkan komitmen Spotify terhadap artis yang sedang meningkat naik di setiap peringkat perkembangan muzik mereka, bagi mengeratkan lagi hubungan antara mereka dengan pendengar baru dan sedia ada di seluruh dunia.

Artis Malaysia seperti 李佳欢 (Jess Lee) serta artis Indonesia seperti Mawar De JonghMahen dan Monica Karina adalah antara artis yang akan dipaparkan dalam program RADAR, mengikuti jejak langkah pelbagai artis yang pernah dipaparkan dalam program sokongan Spotify yang lepas untuk artis yang semakin meningkat naik seperti Jasmine SokkoStray KidsBen&BenIV Of SpadesLauv, Joji, dan ramai lagi. 

Pelancaran ini turut melihat Spotify mengumumkan senarai main terbaru berjudul RADAR Indonesia yang mempamerkan lagu-lagu yang perlu didengari dan artis baru panas yang merentasi pelbagai genre. Selain itu, Spotify juga melancarkan senarai main RADAR 新势力 untuk meraikan kemunculan artis Mandopop yang semakin mendapat perhatian dari seluruh dunia. 

Boon Ken Wong, Ketua Pasukan Asia, Bahagian Budaya Muzik & Editorial, Spotify berkata,

“Pelancaran program RADAR Spotify menggabungkan kebolehan editorial dan pemasaran terbaik di Spotify untuk menyokong bakat baru yang meningkat naik di Asia dan serata dunia. Senarai main RADAR Indonesia akan mempamerkan antara bakat-bakat terbaru dan menarik dari Indonesia – sebuah negara yang mempunyai ramai artis tempatan yang berbakat.” 

– Boon Ken Wong

Mawar De Jongh, salah seorang artis yang menyertai program RADAR berkata,

“Saya sangat gembira dan berterima kasih kepada Spotify kerana diberi peluang menyertai program RADAR.

Sebagai artis baru, kami kadang kala menghadapi cabaran untuk mencipta nama.

Walau bagaimanapun, dengan program seperti RADAR, kini terdapat lebih banyak peluang dan saya lebih yakin untuk mempromosikan muzik saya kepada lebih ramai pendengar.” 

Mawar De Jongh

Ketahui lebih lanjut mengenai artis-artis pertama program RADAR:

李佳歡
  1. 李佳欢 (Jess Lee)

李佳歡 (Jess Lee) pernah menjadi topik utama sebagai satu-satunya rakyat Malaysia yang memenangi hadiah utama dalam pertandingan menyanyi televisyen paling popular di Taiwan, One Million Star. Melodi suaranya telah menambat hati ramai pendengar dan peminat dan mereka tidak sabar menunggu lagu seterusnya yang akan beliau keluarkan.

Mawar De Jongh
  1. Mawar De Jongh

Mawar De Jongh adalah seorang penyanyi, penulis lagu dan pelakon yang tidak asing lagi dalam dunia industri hiburan. Pada tahun 2015, beliau memenangi pertandingan ratu cantik yang dianjurkan oleh salah sebuah stesen televisyen terbesar di Indonesia. Pencapaiannya itu telah memajukan kerjayanya ke peringkat yang seterusnya – bidang lakonan. Sejak itu, beliau telah memainkan watak utama dalam pelbagai filem blockbuster tempatan sebelum mula mengorak langkah ke dalam dunia muzik. Single beliau “Lebih Dari Egoku” telah memperolehi lebih daripada 22 juta strim (dan semakin naik) di Spotify. 

Mahen
  1. Mahen

Mahen merupakan contoh seorang bintang internet yang menjadi terkenal melalui ‘cover’ lagu pop Indonesia yang popular. Single terbaru beliau, “Pura Pura Lupa” menduduki tempat tertinggi carta viral di pelbagai laman media sosial dan mengukuhkan kedudukan beliau di arena muzik tempatan.

Monica Karina
  1. Monica Karina

Sebagai seorang pendatang baru dalam industri muzik, Monica Karina berjaya menonjolkan diri sebagai salah seorang daripada penyanyi wanita baru yang harus diberi perhatian oleh peminat muzik elektronik Indonesia. Single pertama beliau ‘Skin to Skin’ yang dikeluarkan pada tahun lepas membuktikan minatnya untuk melangkaui sempadan genre muzik, dengan gabungan bunyi Neo-Soul dan R&B yang ketara. 

Sila lihat catatan terbaru di blog For the Record untuk maklumat lanjut mengenai RADAR, program global Spotify untuk artis yang semakin meningkat naik. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Saleha Kembali Dalam Drama Adaptasi Novel MANUSKRIP CINTA

Ali Puteh Tak Tahan Dikecam, Ajak Netizen Jumpa Depan-Depan