in , ,

Siti Nurhaliza Lancar Video Muzik SIAPA TAK MAHU Menampilkan Mira Filzah & Hun Haqeem

Baharu sahaja menerima Anugerah Emas setelah album fizikal ‘ManifestaSITI2020’ berjaya mencapai jualan sebanyak 5,000 unit, kini figura muzik tersohor Dato’ Sri Siti Nurhaliza bakal melancarkan video muzik rasmi SIAPA TAK MAHU, sebuah lagu ciptaan Omar K, John Jeevasingham dan Ikhwan Fatanna.

Ini merupakan lagu ke-6 daripada album ‘ManifestaSITI2020’ yang diberikan pendamping visual selepas  muzik video ‘Anta Permana’, Kasihku Selamanya, ‘Terang’, 7 Nasihat dan ‘Aku Bidadari Syurgamu’.

Video muzik rasmi SIAPA TAK MAHU bakal dilancarkan pada hari Jumaat, 16 Oktober 2020, jam 9 malam di saluran YouTube Siti Nurhaliza.

Pengarahnya, Ghazi Maslan, memberi garapan visual secara sinematik sesuai dengan mesej nasihat bersahaja yang cuba disampaikan. Lebih istimewa, video muzik ini juga menampilkan pelakon Mira Filzah dan Hun Haqeem sebagai penggerak cerita.

Dato' Sri Siti Nurhaliza Lancar  Video Muzik SIAPA TAK MAHU

Bertepatan dengan maksud di sebalik lirik lagu SIAPA TAK MAHU, video ini menceritakan bagaimana sesebuah hubungan itu akan berjalan lancar sekiranya setiap pasangan mengambil sikap untuk menghargai dan berbuat baik. Setiap hubungan pasti ada pasang surut tetapi sikap untuk berubah dan berusaha memperbaiki diri akan menyemarakkan lagi kasih sayang.

Mesej yang paling jelas di dalam lagu ni adalah jika mahukan pasangan yang baik kita juga perlu menunjukkan sikap yang sama. Begitulah beberapa unsur nasihat yang cuba disampaikan di dalam lagu ini

Dato' Sri Siti Nurhaliza Lancar  Video Muzik SIAPA TAK MAHU

Pelancaran video muzik ini juga bertujuan untuk meneruskan promosi album ManifestaSITI2020 sewaktu Dato’ Sri Siti mengambil keputusan untuk berehat seketika.

Mengulas tentang video muzik terbaharunya ini, Dato’ Sri Siti berkata,

“Penampilan saya di dalam video muzik ini agak berbeza kerana saya menjadi spy atau perisik dan memerhatikan gerak geri pasangan sedang bercinta, lakonan Mira Filzah dan Hun Haqeem. Saya juga mengenakan beberapa persalinan busana mengikut karakter,”

– Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Tambahnya, video muzik tersebut juga diharap dapat meneruskan lagi promosi lagu Siapa Tak Mahu yang dipilih menjadi single seterusnya selepas lagu Aku Bidadari Syurgamu. 

“Saya berharap lagu dan video muzik Siapa Tak Mahu akan sama-sama mendapat tempat di hati para peminat dan ini merupakan di antara perancangan yang saya lakukan sebelum berehat supaya karya saya tetap berjalan’,”

– Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Universal Music Sdn.Bhd dan Siti Nurhaliza Productions(M) Sdn.Bhd. selaku penerbit telah memberi kepercayaan kepada  syarikat produksi, Zeel Production untuk menghasilkan video muzik SIAPA TAK MAHU.

Video muzik SIAPA TAK MAHU boleh ditonton di saluran YouTube Siti Nurhaliza manakala album ‘ManifestaSITI2020’ boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer sejak 3 JULAI 2020. 

Dato' Sri Siti Nurhaliza Lancar  Video Muzik SIAPA TAK MAHU
Dato' Sri Siti Nurhaliza Lancar  Video Muzik SIAPA TAK MAHU

What do you think?

75 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Drama Bersiri Adaptasi Novel DIA BIDADARI DARI SYURGA Lakonan Halim Radzi & Sharifah Husna

Facebook Messenger Kini Punya Logo & Tema Chat Baru Yang Lebih Ceria