in ,

Penyanyi Jazz Julie Sudiro Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Paru-Paru 

Berita sedih mengenai pemeergian Allahyarham Julie Sudiro telah dikongsikan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), Datuk Freddie Fernandez.

Penyanyi dan penghibur jazz lagenda tempatan, Datin Paduka Julie Sudiro, 80, telah meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru. 

Beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya itu di  di Hospital UiTM Puncak Alam, kira-kira jam 9.30 malam tadi. 

Berita sedih mengenai pemeergian Allahyarham Julie Sudiro telah dikongsikan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), Datuk Freddie Fernandez.

“Saya betul-betul sedih menerima berita kehilangannya, Secara peribadinya beliau bagaikan kakak saya dan sering membimbing kami warga Karyawan didalam pelbagai perkara.

Lebih 15 tahun beliau menjadi ahli jawatankuasa dan setiausaha kehormat kami. Ini kehilangan yang amat besar juga buat industri seni tanahair,”

– Freddie

Sementara itu, anak bongsu Allahyarhamah Julie, Jose Irmanto Sudiro Soliano,45, ketika dihubungi bagaimanapun belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan. 

“Bukan sekarang. Hubungi saya nanti,” katanya ringkas menerusi kiriman WhatsApp. 

Pada 15 Januari lalu, media melaporkan keadaan kesihatan Julie semakin stabil selepas dimasukkan ke hosptal akibat paras oksigen menurun. 

Bagaimanapun Julie yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) masih memerlukan bantuan pernafasan. 

Dua tahun lalu, media melaporkan Julie atau nama sebenarnya Raden Juariah Raden Sudiro menjalani hidup dengan tenang sebagai guru mengaji. 

Antara mereka yang menjadi anak murid penyanyi yang terkenal menerusi lagu jazz dan keroncong sejak 1960-an itu Allahyarham Seniwati Mariani, Shasha, Dian P Ramlee dan ramai lagi. 

Datin Julie Sudiro atau nama sebenarnya Raden Juariah Raden Sudiro dilahirkan pada 26 Februari 1945 merupakan antara penghibur tanah air prolifik yang memulakan kerjaya seni sejak awal remaja dan merakamkan pelbagai lagu dalam bahasa inggeris dan melayu serta pernah mengadakan persembahan di beberapa benua dunia dengan kumpulannya The Emeralds.

Julie Sudiro menempa nama yang agak ekslusif didalam industri tempatan dan dianggap sebagai diva didalam nuansa muzik keroncong dan Jazz yang bukan sahaja dikenali di Malaysia dan Singapura malah dunia. 

Beberapa tahun kebelakangan ini beliau sangat aktif mengadakan pelbagai kelas Al-Quran bagi mengisi masa disamping adakalanya menerima jemputan mengadakan persembahan.

Jenazah akan dibawa esok ke Masjid Darul Ehsan Subang Jaya pada jam 11 tengahari esok dan dijangka akan dikebumikan selepas solat zuhur.

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Julie Sudiro. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya serta mengampunkan segala dosa-dosanya serta menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Galaxy S23 Series

Samsung Galaxy S23 Ultra: Miliki Kuasa Tertinggi, Kamera Memang Epik!

Siti Mohon Maaf Batal ‘Show’, Aafiyah Terjatuh Dari ‘Scooter’