in

Sisi Dewasa Masya Masyitah Menerusi Lagu HAPUS

Dua Tahun ‘Halimunan’ Juara Ceria Popstars Musim Ke-2 bergelar Masya Masyitah Muncul Dengan Single Terbaharu Dengan Imej Lebih Edgy

Penyanyi wanita cantik molek bersuara emas dan berbakat besar yang berasal dari Kulim, Kedah dan merupakan juara Ceria Popstars Musim Ke-2, Masya Masyitah kembali setelah dua tahun ‘Halimunan’ dengan single terbaharu yang mempamerkan sisi dewasa penyanyi tersebut berjudul ‘Hapus’. Tampil dengan imej yang lebih edgy, lagu ‘Hapus’ dicipta oleh komposer terkenal, Amy Bong dengan sentuhan magis oleh komposer popular, Ziin atau lebih dikenali dengan panggilan Zimi.

Masya Masyitah

Musibah yang sedang melanda negara sedikitpun tidak mematahkan semangat Masya Masyitah untuk terus berjuang dalam industri muzik tanah air,

“Alhamdulillah tatkala negara masih lagi berada dalam fasa pemulihan wabak COVID-19, Masya diberikan kesempatan untuk tampil dengan single terbaharu kerana sudah lama rasanya Masya tidak keluar dengan apa-apa lagu baharu, dan ini merupakan permulaan yang baik bagi tahun 2020,”

– Masya Masyitah

Bercerita mengenai lagu ‘Hapus’, Masya Masyitah berkata, 

Ia mengisahkan tentang percintaan dua insan di mana hubungan yang termeterai sangat indah dan bahagia sehinggalah pada suatu hari lelaki yang dicintainya itu didapati telah curang dengan wanita lain di depan matanya sendiri. Sesuatu yang amat perit untuk dilalui, sejak itu dia mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan tersebut dan cuba menghapuskan segala memori manis mereka bersama.”

– Masya Masyitah
Masya Masyitah

Bakal muncul dengan lagu Mandarin tidak lama lagi, penerima anugerah ‘Most Admired Leaders’ di Asia Music Awards 2019 ini turut menambah, 

Single ini sebenarnya telah pun dirakamkan pada 18 Februari yang lalu dan pihak pengurusan Rocketfuel Entertainment terpaksa menangguh rangka pelancaran serta kerja promosi kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Namun begitu, video muzik ‘Hapus’ berjaya dijalankan dengan Standard Operating Procedure (SOP) yang sewajarnya dan Masya sangat berpuas hati dengan hasilnya dan tidak sabar untuk berkongsi dengan peminat.”

– Masya Masyitah
Masya Masyitah

Pelantun lagu ‘Halimunan’ dengan jumlah tontonan hampir empat juta di YouTube ini menerangkan, 

Ini merupakan pengalaman pertama bekerjasama dengan komposer Amy Bong, sewaktu mendengar demo lagu ‘Hapus’ ia terus terpahat di ingatan, dan dengan abang Zimi pula ini merupakan kali ketiga bekerjasama dengan beliau.

Masya berharap agar lagu ini bakal diterima baik dan disukai ramai sebab jalan ceritanya yang sangat menyentuh hati, dan dapat mengubat kerinduan peminat yang sudah lama menantikan buah tangan terbaharu daripada Masya. 

In Shaa Allah selepas ini lebih banyak perancangan yang bakal dilakukan dan semoga kita semua berjaya mengharungi wabak COVID-19 ini dengan tabah dan semangat yang kuat.”

– Masya Masyitah

Lagu ‘Hapus’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Manakala video lirik dan muzik lagu ‘Hapus’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Lirik Lagu HAPUS

Tajuk               : Hapus

Artis                : Masya Masyitah

Lirik                 : Amy Bong

Komposer       : Ziin

Lelap mata ku merenung jauh

Terlerai dengan kata-kata indah

Terlepas dari rayuan tanpa bicara

Cinta tak setia

Hapus semua kenangan bersama

Melenyapkan semua kenangan kita

Tak lagi mencintai tak lagi merindui

Akan kan menjauh

(CHORUS)

Terhapus segala rasa rinduku terhadapmu

Berbisik kasih yang menikam dalam jiwaku

Kamu yang menghancurkan cintaku

Luka yang selama ini sakit ku rasakan

Kau hancurkan segala rasa cinta

Meratap pilu ku kan menjauh

(CHORUS)

Menatap langit yang enggan berbicara tentang cinta

Terpejam ku terlena dari mimpi indah

Cinta aku harus pergi tak berdaya lagi ku menanggung semua ini

Tak berdaya lagi menanggung derita semua ini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Terbiasa Kena ‘Body Shaming’, Rosma Kini Kebal dengan MS SenaRos

tony fernandes airasia-2020

AirAsia Tawar Promosi Berikutan Peningkatan Permintaan Perjalanan