in , ,

Siri vivo X100 Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3499

vivo Malaysia hari ini telah melancarkan dua peranti mercu baharu yang memfokuskan fotografi iaitu vivo X100 dan vivo X100 Pro. Setiap pra-tempahan akan mendapat pelbagai tawaran menarik termasuk hadiah percuma bernilai sehingga RM568.

Vivo X100 dan varian Pronya mula-mula didedahkan pada November tahun lepas, dengan pelancarannya di pasaran asalnya di China. Sebulan kemudian, telefon itu akan muncul dalam pangkalan data SIRIM, dengan jenama itu akhirnya mengesahkan pelancaran tempatannya akan berlaku dalam dua penggoda. Kini, ia akhirnya berlaku, dengan harga tempatan telefon juga diumumkan.

Siri vivo X100 Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3499

vivo Malaysia secara rasmi melancarkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu siri vivo X100. Hadir dalam dua pilihan varian iaitu X100 dan X100 Pro yang dipisahkan dengan beberapa spesifikasi berbeza seperti kapasiti bateri, kamera dan teknologi pengecasan.

Siri vivo X100 hadir dengan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.78-inci. Turut menyokong paparan adaptif 120Hz, HDR10+, PWM Dimming 2160Hz dan kecerahan puncak sehingga 3000 nits.

Siri vivo X100 Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3499

Dikuasakan dengan cip Dimensity 9300 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LDPRR5T dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0. Bateri 5000mAh dimuatkan dengan pengecasan 120W untuk X100. Manakala untuk X100 Pro, dimuatkan dengan 5400mAh yang menyokong pengecasan berwayar 100W dan tanpa wayar 50W.

Dari segi fotografi, untuk X100 ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP ultra lebar + 64MP telefoto. Manakala, untuk X100 Pro ia turut menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP 1-inci Sony IMX989 + 50MP sudut lebar + 50MP telefoto periskop dengan 4.3x zum optik dan 100x zum digital. Selain itu, model Pro turut hadir dengan cip pemprosesan imej vivo V3 baharu. Tidak ketinggalan, kamera swafoto 32MP digunakan pada kedua-dua varian.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP68, IR Blaster, WiFi 7, Bluetooth 5.4 dan menjalankan FuntouchOS 14 berasaskan Android 14.

Siri vivo X100 Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3499

vivo X100 Pro

Peranti ini hadir dengan skrin AMOLED LTPO bersaiz 6.78″ dengan kadar segar semula 120Hz serta paparan HDR10+. Ia dikatakan menyokong kecerahan mencapai 3000 nits. Untuk cip pemprosesan, Dimensity 9300 dipadankan dengan memori 16GB RAM LPDDR5X + 16GB RAM memori maya dan storan dalaman 512GB UFS 4.0. vivo turut menyertakan cip khas vivo V3 untuk meningkatkan lagi kualiti gambar.

Kamera peranti adalah 50MP 1″ Sony IMX989 + 50MP periskop telefoto 4.3x zum optikal + 50MP sudut ultra lebar dan kamera swafoto 32MP. Sistem Zeiss dikekalkan untuk tujuan potret yang lebih kreatif dan unik. vivo turut membawakan ciri mod malam baharu seperti Astro yang lebih stabil dan Astro Portrait. X100 Pro turut dilengkapi dengan perlindungan IP68, WiFi 7, Bluetooth 5.4 dan sensor infra merah.

Kapasiti bateri adalah 5400mAh dengan pengecasan pantas vivo FlashCharge 100W. Sokongan pengecasan nirwayar 50W turut disertakan dan peranti menjalankan Funtouch OS 14 berasaskan Android 14. Ini menjadikan vivo X100 Pro antara peranti mercu paling lengkap untuk awal tahun 2024. Sistem audio walaupun tiada port 3.5mm, sokongan audio Hi-Fi dan speakerr stereo diberikan. Di Malaysia vivo hanya membawa masuk satu varian iaitu Startrail Blue atau Asteroid Black dengan storan 16/512 GB.

Siri vivo X100 Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3499

vivo X100

Ia merupakan model yang mampu milik dalam siri ini. vivo X100 menggunakan banyak spesifikasi yang sama dengan Pro. Seperti skrin, rekaan dan perisian adalah sama. Beza pertama adalah ia tiada pengecasan nirwayar, kedua adalah sensor utama sudut lebar menggunakan 50MP yang bukan 1-inci. Kemudian satu sensor telefoto menggunakan jenis 64MP dengan zum 3x optikal sahaja.

vivo X100 turut menggunakan bateri lebih kecil iaitu 5000mAh tetapi menyokong pengecasan lebih pantas, 120W FlashCharge. Perlindungan IP68 turut diberikan pada peranti ini. Model ini juga terhad dengan satu varian iaitu 16/512 GB.

Di Malaysia, vivo X100 dijual pada harga RM3499 untuk 16GB + 512GB dan X100 Pro pula dijual pada harga RM4599 untuk 16GB + 512GB. Ditawarkan dalam dua pilihan warna Startrail blue dan Asteroid black.

Siri vivo X100 Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3499

Bagi yang berminat, siri vivo X100 boleh dipra-tempah bermula hari ini iaitu 3 Januari 2023. Sempena pelancaran peranti ini, vivo Malaysia menawarkan vivo TWS 2e dan vivo Selection Smart Watch bernilai RM568 secara percuma bagi yang membeli vivo X100 Pro.

Sementara yang membeli vivo X100 akan menerima percuma vivo TWS Air bernilai RM179. vivo turut memberikan 1 tahun jaminan tambahan, 180 hari perlindungan skrin, tawaran tukar-beli dengan rebat mencapai RM500 serta pembelian secara ansuran dengan 0% faedah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ALIF SATAR

Ada Yang Kurang Senang Dengan Usaha Alif Satar Ajak Orang Solat Subuh

Selepas Tiga Musim Budak Tebing, TV3 Siar Drama Bersiri Remaja Hawt Fellas