in , ,

Selepas Tiga Musim Budak Tebing, TV3 Siar Drama Bersiri Remaja Hawt Fellas

Pilihan Mereka Bakal Mengubah Hala Tuju Hidup

Selepas tiga musim Budak Tebing, sekali lagi TV3 dan Country & Universal membawakan siri drama berkisarkan kehidupan remaja menerusi slot Lestary. Menampilkan pelakon-pelakon muda yang sedang meningkat naik iaitu Nabil Aqil, Raden Zaharatul, Atiq Azman, Idan Aedan dan Tisya Ong, saksikan Hawt Fellas di slot Lestary, bermula 4 Januari 2024, setiap hari Khamis hingga Sabtu, pukul 9.00 malam dan strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Drama bersiri 13 episod ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan nukilan skrip oleh Lee Chonz. Hawt Fellas mengisahkan suka duka sekumpulan remaja yang berhadapan dengan dilema dan cabaran hidup selepas SPM. Jatuh bangun bersama, adakah talian persahabatan akan kukuh selamanya? 

Selepas Tiga Musim Budak Tebing, TV3 Siar Drama Bersiri Remaja Hawt Fellas

Lee (Nabil Aqil), Napron (Idan Aedan), Mat Don (Atiq Azman) dan Floral (Raden Zaharatul) masing-masing mempunyai impian yang ingin dicapai selepas menduduki peperiksaan SPM. Mereka belajar di sekolah menengah yang sama. Lee dan Napron belajar dalam aliran Sains manakala Mat Don dan Flora di aliran Sastera. 

Lee merupakan pelajar cemerlang dan menjadi harapan sekolah dan keluarga tetapi dia tertekan dengan sikap keluarganya yang terlalu meletakkan harapan tinggi tanpa memikirkan minat dan kehendaknya. Lee minat seni tetapi dia terpaksa masuk aliran Sains atas desakan keluarga yang ingin melihatnya melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan. Lee berkemahiran bermain gitar dan melukis, dia menjadikan muzik dan melukis sebagai tempat menenangkan fikiran. 

Selepas Tiga Musim Budak Tebing, TV3 Siar Drama Bersiri Remaja Hawt Fellas

Napron memilih aliran Sains untuk membuktikan yang dia bijak dan hebat. Dia menjadi mangsa kepada ayahnya yang merupakan penagih dadah. Napron sering dituduh kerana imej ‘rock underground’. Mat Don seorang anak yatim piatu membesar di bawah jagaan bapa saudara. Mat Don mengalami OCD tanpa dia sedar. 

Flora pula nampak agak nakal kerana mempunyai masalah keluarga. Flora menganggap Lee sebagai “crush” dan sering meminta bantuan daripada Lee untuk menghasilkan lukisan yang baik di luar waktu sekolah. Napron yang menaruh perasaan dengan Flora rasa cemburu dan sering mencari gaduh dengan Lee. 

Selepas Tiga Musim Budak Tebing, TV3 Siar Drama Bersiri Remaja Hawt Fellas

Selepas pengumuman keputusan SPM, Lee menghilangkan diri kerana kecundang dalam SPM. Floral dan Mat Don menganggap Lee telah melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti yang diinginkan oleh ibu bapanya.Lee malu dan terpaksa berbohong. Dalam diam, dia mengatur rancangan untuk mengambil SPM ulangan. 

Di tempat yang lain, terdapat seorang pelajar lepasan SPM yang juga inginkan kebebasan hidup. Indah  Tisya Ong tidak ingin hidupnya dikongkong oleh keluarga. Dia telah menolak tawaran kemasukan Universiti Pendidikan kerana tidak mahu menjadi cikgu agama seperti yang dikehendaki oleh ibu bapanya. Sebaliknya, minat Indah lebih cenderung kepada berlakon. 

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Mampukah Lee, Napron, Mat Don, Flora dan Indah mencapai cita-cita masing-masing? Bagaimanakah mereka berhadapan dengan dugaan dan pilihan hidup yang perlu dibuat? Adakah isi hati mereka akan didengari dan difahami oleh keluarga mereka? 

Selepas Tiga Musim Budak Tebing, TV3 Siar Drama Bersiri Remaja Hawt Fellas

Menurut Jalena Rejab, Penerbit Country & Universal Sdn Bhd, “Hawt Fellas sebuah naskah remaja berkisahkan dari seorang lawan menjadi fellas ataupun sahabat dengan menampilkan 5 sahabat dari latar belakang yang berbeza iaitu Lee, Mat Don, Napron, Flora dan Indah. Rakan seperjuangan ini juga mempunyai 5 masalah yang berbeza. Mereka bersatu atas nama Hawt Fellas untuk berjaya dalam pelajaran, kerjaya dan kehidupan mereka. Kami berharap Hawt Fellas dapat berkongsi mesej-mesej positif dan memberi inspirasi kepada penonton terutamanya golongan muda agar jangan mudah putus asa ketika berhadapan dengan cabaran hidup.”

Jangan ketinggalan untuk menonton Hawt Fellas menerusi slot Lestary, setiap hari Khamis hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store bermula 4 Januari 2024. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siri vivo X100 Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3499

Raih Jutaan Tontonan, Warganet Perasan Ada ‘Sesuatu’ di Lengan Jebat