in

Kes Dadah Saiful Apek Bela Diri 15 Julai

[dropcap]P[/dropcap]elakon dan pelawak Saiful Apek dan tiga pekerjanya yang berhadapan pertuduhan penyalahgunaan dadah akan membela diri di Mahkamah Majistret di sini bermula 15 Julai ini.

Majistret K B Elena Hong Tze Lan turut menetapkan 17 Julai untuk prosiding sama setelah pihak pendakwaan memaklumkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membenarkan rayuan pendakwaan supaya kesemua tertuduh membela diri.

Apek

Saiful Apek ketika keluar dari Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini hari ini selepas mahkamah menetapkan pada 15 dan 18 Julai ini bagi prosiding bela diri dan tiga pekerjanya yang didakwa memasukkan ganja ke dalam badan tiga tahun lalu. – BERNAMA

Saiful Apek, 44, atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff dan tiga pekerja syarikat produksi Gitu-Gitu Productions iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 30, Shaiful Baharom, 26, dan Noremy Mohamad, 30, didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan, Petaling Jaya pada 11 malam, 12 Jun 2010.

Keempat-empat tertuduh yang diwakili peguam Bazlinda Bahrin, didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

Semua tertuduh memilih untuk memberi keterangan bersumpah bagi prosiding itu dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad.

Pada 22 Mei lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan keempat-empat tertuduh membela diri terhadap pertuduhan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Majistret Petaling Jaya yang membebaskan mereka daripada pertuduhan pada Jun tahun lepas. – BERNAMA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Menggenggam Janji Lakonan Fouziah Gous

Mahkamah Tangguh Permohonan Jimmy Penjarakan Isteri