in ,

CD KET CARI DUIT POKET LAKONAN NOOR ZAM ZAM ZAKARIA, DAYANG NAZ

PROGRAM ISTIMEWA CUTI SEKOLAH : DRAMA BERSIRI KANAK-KANAK “CD KET (CARI DUIT POKET), SETIAP ISNIN HINGGA KHAMIS BERMULA 17 NOVEMBER 2008, 2.00 PETANG DI RTM1.

Cuti sekolah ini jangan melepaskan peluang menonton sebuah drama bersiri kanak-kanak yang pastinya menghiburkan, “CD KET (Cari Duit Poket)”. Sebagai memberi pilihan kepada kanak-kanak untuk menghabiskan percutian mereka bersama keluarga di rumah, RTM menyediakan pelbagai program menarik untuk tontonan seisi keluarga menerusi RTM1.
 
“CD KET (Cari Duit Poket)” merupakan sebuah drama bersiri kanak-kanak yang bertemakan pengembaraan yang mengisahkan empat orang kanak-kanak yabg tinggal berjiran dan bercadang mecari duit poket bagi mengisi kelapangan sewaktu musim cuti persekolahan.

Empat sekawan ini terdiri daripada Iqbal, Javeed, Li Ling dan Julia telah menubuhkan sebuah kumpulan yang diberi nama ‘Kumpulan CD KET’ yang diambila daripada singkatan perkataan Cari Duit Poket.

Pada mulanya mereka menjalankan aktiviti tersebut secara suka-suka bagi mencari duit poket dengan menjual barang-barang terpakai untuk dikitar semula. Namun begitu, lama kelamaan setelah mendapati aktiviti itu mendatangkan hasil yang lumayan, maka mereka menjalankan aktiviti ini setiap hujung minggu termasuklah sewaktu cuti penggal persekolahan. 

Selain itu, kumpula CD KET sentiasa mencari idea bagaimana untuk menambah duit poket kumpulan mereka dengan membuat sesuatu yang kreatif dan berfaedah. Sewaktu mereka menjalankan aktiviti mereka bermacam pengalaman mereka lalui termasuklah dianiaya oleh dua budak nakal di kawasan kejiranan mereka iaitu Habib dan Fatah. Semangat CD KET tidak pernah luntur.

Setiap episod bakal memaparkan kisah-kisah pengembaraan mereka yang menyeronokkan dan penuh dengan cabaran yang berbezal. Walaupun kumpulan CD KET berdepan dengan pelbagai rintangan namun berkat kebijaksanaan dan semangat setiakawan mereka sekumpulan telah membantu mereka menyelesaikan masalah-masalah yang mendatang dengan jayanya.

Drama bersiri kanak-kanak sebanyak 26 episod, terbitan The First Post Studio Sdn Bhd ini membariskan pelakon kanak-kanak yang berbakat besar seperti Noor Zam Zam Zakaria, Dayang Nazilla, Marzukh, Qismina@Sweet, Aurangzeb Khan dan Atta Emran. 
   
Justeru, kepada para penonton cilik yang berhasrat untuk menyaksikan kesudahan kisah ini, tontonlah “CD KET (Cari Duit Poket)”, yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Khamis bermula 17 November 2008 , jam 2.00 petang, hanya di RTM1, Saluran Inforia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siri Komedi HUA… HUA… HUA Lakonan Nabil Raja Lawak dan Saiful Apek

Poster Drama Rona Roni Makaroni Lakonan Isma Yusoof