in

Siri Animasi AKU BUDAK FELDA di TVi

Animasi “Aku Budak Felda”, Setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 10.30 pagi di TVi. Selamat meneroka ke alam peneroka melalui animasi menarik ‘Aku Budak Felda’ yang sedang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 10.30 pagi menerusi saluran TVi.

Animasi 13 episod terbitan Taugeh Pictures Sdn Bhd ini menceritakan kisah kehidupan keluarga peneroka pelbagai kaum yang terdiri daripada Melayu, India, dan Cina di Felda Sungai Dusun yang menerokai ladang kelapa sawit di tanah seluas 10 ekar setiap keluarga.

Pelbagai ragam masyarakat dan kisah berlaku yang akhirnya sikap saling membantu dan kerjasama erat dengan pihak pengurusan felda segala masalah dapat diatasi dengan jayanya.

Aku Budak Felda

Namun kisah utama berlegar sekitar kehidupan sebuah keluarga peneroka yang bernama Wak Paiman. Wak Paiman yang sudah berusia dan mula memikirkan untuk mencari pelapis kedua generasinya bagi menyambung serta menguruskan ladang sawitnya pada satu hari kelak.

Anak-anaknya yang lain seperti Sohod dan Maimon sudah melangkah jauh dengan kejayaan yang telah menetapkan rezeki mereka di ibu kota. Sohod memilih kerjaya sebagai juruterbang dan Maimon sudah berjaya dengan kerjaya sebagai peguam.

Sudin satu-satunya anak Wak Paiman yang masih remaja. Keputusan peperiksaan akhir tahunnya melayakkan Sudin melanjutkan pelajarannya ke peringkat Universiti akan tetapi dia sendiri telah memilih kerjaya sebagai peneroka dan berazam untuk menjadi pelapis kedua bagi menyambung generasi bapanya.

Sohod dan kakaknya Maimon menentang keras keputusan Sudin. Mereka ingin melihat Sudin berjaya hingga ke menara gading dan mempunyai kerja tetap seperti mereka bagi menjamin masa depan yang cerah.

Akan tetapi Sudin terlebih dahulu telah membuat keputusan dan berhasrat terus tinggal di Felda kelahirannya untuk mencari rezeki serta menjaga ibu bapanya dan adiknya Darus yang masih bersekolah.

‘Sudin ingin menjadi peneroka berjaya’ … Itulah kata-kata Sudin yang membuat Sohod dan Maimon terkedu serta akur dengan keputusan Sudin.

Wak Paiman yang kehilangan isteri tercinta beberapa tahun dahulu tidak pernah menghalang cita-cita kesemua anak-anaknya termasuklah cita-cita Sudin yang ingin menjadi peneroka itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MERAPOH FOREST RUN 2015

Peraduan Menangi Merchandise Filem ANT MAN