in , ,

Sinopsis & Trailer Filem GUDANG KUBUR Lakonan Nora Danish

Esok, 9 Februari, Budiey berkira-kira untuk menghadiri Malam Prebiu Tayangan Media Pra Tonton Filem GUDANG KUBUR yang akan diadakan di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara. Rasa sangat excited untuk menonton lakonan terbaru Nora Danish dan Faizal Hussein. Tambahan pula, Budiey sendiri mengenali penulis skrip filem ini, nama dia Rizuan Mat Nor. Jadi, nak datang untuk support kawan je ni.

GUDANG KUBUR

Buat julung kalinya filem terbitan Mangkin Prestij ini menggandingkan pelakon senior berbakat besar, Faizal Hussein bersama aktres, Nora Danish. Turut sama membintangi filem ini ialah Atikah Suhaimie, Niezam Zaidi, Epy Kodiang, Along Ezyendy dan muka baharu, Pablo Amirul.

Filem ini mendapat sentuhan Eyra Rahman dengan mengetengahkan elemen seram sebagai satu kelainan menerusi karya baharunya itu. Filem ini mengisahkan pasangan suami isteri Anwar (Faizal) dan Zarra (Nora) yang mengalami pelbagai kejadian mistik selepas membeli sebuah gudang untuk perniagaan jubinnya. Segalanya sempurna bagi pasangan ini pada mulanya, namun tidak menduga bahawa gudang tersebut menyembunyikan satu rahsia. Kehadiran pasangan ini juga tidak disenangi ‘sesuatu’ yang sekian lama mendiami gudang kosong itu. Anwar mengalami pelbagai gangguan sehingga rumah tangga mereka goyah dan Zarra sering menjadi mangsa keberangan suaminya itu. Perbuatan si suami yang agak keterlaluan itu membuatkan Zarra mula menjauhkan diri.

Filem ini menfokuskan mengenai kehidupan suami isteri yang menjadi mangsa mistik setelah membeli bangunan kosong untuk perniagaan mereka. Di samping itu, dua pekerja mereka, Atan dan Ali turut mengalami kejadian misteri sehingga Atan dituduh cuba memperkosa Zarra.

Klasifikasi: P13
Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 12 Februari 2015
Bahasa: Malay
Pengedar: METROWEALTH
Pengarah: Eyra Rahman
Pelakon: Faizal Hussein, Nora Danish, Atikah Suhaimie, Nizam Zaidi, Epy Kodiang, Along Eyzendy, Pablo Amirul

Apa yang korang rasa bila tempat yang korang diami ada sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar wujud tanpa diduga. Sesuatu rahsia yang tersembunyi tanpa pengetahuan korang sebelum rumah atau tempat yang ingin dimiliki berpenghuni. Haa, dengar je pun dah buat korang naik seram bulu roma kan?

Pasangan suami isteri Anwar (Faizal Hussein) dan Zarra (Nora Danish) membeli sebuah gudang untuk perniagaan jubin mereka. Tanpa diduga, gudang tersebut didiami oleh ‘sesuatu’ yang tidak senang dengan kehadiran pasangan tersebut. Mereka mula mengalami pelbagai gangguan mistik yang akhirnya mengakibatkan rumah tangga mereka goyah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem FIFTY SHADES OF GREY Diharamkan di Malaysia

Senarai Penuh Pencalonan Anugerah Grammy 2015