in ,

Filem FIFTY SHADES OF GREY Diharamkan di Malaysia

Pasti ramai moviegoers kat Malaysia kecewa setelah filem adaptasi novel terkenal, Fifty Shades of Grey tidak akan ditayangkan di pawagam Malaysia kerana mengandungi elemen-elemen erotika dan sensual yang melampau.  Sebelum ini, pengedar filem itu di Malaysia, United International Pictures (UIP), pada awalnya berkata filem itu akan ditayangkan pada 12 Februari ini.

Filem FIFTY SHADES OF GREY

Pihak UIP mengesahkan filem berkenaan tidak akan ditayangkan di negara ini. Di Amerika Syarikat, ia mendapat klasifikasi ‘R’ di mana mereka di bawah umur 18 tahun masih boleh menonton filem berkenaan dengan ditemani orang dewasa.

Singapura pula masih menanti klasifikasi rasmi untuk filem itu. Keputusan untuk mengharamkan filem itu di pawagam Malaysia bagaimanapun telah dijangka oleh warga media sosial. Ada juga yang berkata bahawa mereka akan berada di luar negara ketika tayangan filem ini.

Filem ’50 Shades of Grey’ merupakan adaptasi dari novel dengan tajuk yang sama tulisan E. L. James.

Ia menampilkan Dakota Johnson dan Jamie Dornan dan bakal ditayangkan di Amerika Syarikat pada 13 Februari.

Sumber: Astro Awani

Filem FIFTY SHADES OF GREY

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Majlis Resepsi Jue Aziz & Bayu Pramana Putra

Sinopsis & Trailer Filem GUDANG KUBUR Lakonan Nora Danish