in , ,

Vanidah Imran & Faizal Hussein Dalam Telemovie NURUL NAJWA Sempena Hari Ibu

Naskhah drama Hari Ibu yang dipilih untuk disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) tahun ini mengangkat perkongsian kisah realitinya berlaku dalam masyarakat kita melibatkan ukhwah kasih sayang antara anak dengan ibu bapa tidak dapat dipisahkan.

Kemunculan semula pelakon Vanidah Imran dalam sebuah telemovie khas meraikan sambutan Hari Ibu pastinya dinantikan semua. Tambahan pula pelakon terkenal dengan sikap keibuan ini bergandingan dengan aktor Faizal Hussein membintangi telemovie diberi tajuk “Nurul Najwa” pada 9 Mei ini, pukul 10.00 malam di TV1.

Turut dibintangi pelakon Intan Najwa, Bella Dowana Halim dan Izzyareen, telemovie ini menonjolkan watak wanita penuh berkarisma dijelmakan dalam personaliti bernama Najwa, seorang kaunselor di sebuah pusat pemulihan akhlak. 

Babak Dalam Nurul Najwa

Beliau memilih haluan tersebut selepas bercerai dengan suaminya, Sulaiman yang menghalang Najwa untuk menjaga anak perempuan mereka, Fatin yang berusia 3 tahun ketika itu. 

Najwa disayangi oleh pelatih di pusat pemulihan dan dipanggil sebagai ‘ibu’ oleh mereka seiring dengan kasih sayang yang dicurahkannya. Najwa menerima pelatih baru, Fatin yang bermasalah dengan ketagihan dadah. 

Najwa mula rapat dengan Fatin untuk mendalami masalah yang dihadapinya seperti rutin kebiasaan yang dilakukan pada pelatih baru. Najwa merasakan dirinya dengan Fatin seperti cukup rapat dan mula memeriksa fail peribadi Fatin. 

Gandingan Vanidah Imran Dan Faizal Hussein Dalam Nurul Najwa

Beliau tergamam apabila mengetahui bahawa Fatin adalah anak kandungnya. Najwa menerangkan hal yang sebenar pada Fatin. Fatin sering mengalami ketagihan semasa dalam proses pemulihan dan Najwa sentiasa bersama Fatin untuk melawan rasa ketagihan tersebut. 

Fatin kecewa kerana ayahnya tidak pernah melawat beliau di pusat pemulihan. Atas nasihat Najwa, Sulaiman akhirnya sedar tentang sikap egonya dan segera bertemu Fatin di pusat pemulihan. Fatin nyata gembira selepas ayahnya meminta maaf pada ibunya atas sikapnya selama ini dan mereka mengharapkan agar menemui kebahagiaan suatu ketika nanti.

Watak Nurul Najwa Lakonan Vanidah Imran

Namun masihkah ada ruang bahagia buat keluarga mereka? Dapatkah Fatin menerima kekhilafan ibu dan ayahnya yang sekaligus memisahkan dirinya dengan apa yang dipanggil bahagia?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fizo Omar | 20

Fizo Omar Jawab Spekulasi Bercinta dengan Azar Azmi

Michael Pena Movie Filem | 21

Filem MOM Raikan Hari Ibu di RTM