in , ,

Sinopsis & Trailer Filem DUNE Bakal Ditayangkan di Pawagam Mulai 14 Oktober Ini

Sebuah filem bergenre sci-fi berjudul DUNE akan ditayangkan mulai 14 Oktober ini di pawagam di Malaysia. Jadi, kita tonton dulu trailer dan sinopsis filem ini.

Warner Bros. Pictures dan Legendary telah melancarkan trailer antarabangsa terbaru untuk filem yang telah lama dinantikan, Dune, memaparkan banyak rakaman baru yang menyoroti pertempuran untuk Arrakis. Korang kena tonton dulu trailer ni sebelum menonton filem DUNE di pawagam mulai 14 Oktober ini.

Dune_Main Artwork_Quad (14Oct)

Trailer antarabangsa Dune, memberikan pandangan terbaru Paul (lakonan Timothée Chalamet), yang dilihat mempunyai visi yang jelas mengenai kematiannya sambil merasa beban untuk meneruskan legasi House Atreides. Ia juga terus melancarkan pertempuran untuk Arrakis ketika House Atreides menghadapi perangkap Emperor, dan kemarahan House Harkonnen.

Video ini juga memberi kita pratonton sumber paling berharga di planet ini yang disebut rempah-ratus yang merupakan ubat yang dapat memanjangkan umur manusia dan memungkinkan perjalanan selaju cahaya.

Dune Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru

Berdasarkan sebuah novel Frank Herbert’s tahun 1965 yang membawa judul sama, ditetapkan jauh ke masa depan. Bangsawan Leto Atreides telah menerima hak kawasan bagi planet padang pasir merbahaya iaitu Arrakis yang juga dikenali sebagai Dune. Ia adalah satu-satunya sumber “the spice”, bahan paling berharga di alam semesta kerana ia meninggikan tahap pemikiran dan memanjangkan jangka hayat manusia.

Walaupun mendapat tahu bahawa ini merupakan satu perangkap oleh musuhnya, Harkonnens, Leto tetap membawa anaknya yang merangkap waris terakhirnya, Paul, Bene Gesserit, Lady Jessica dan para penasihat yang paling dipercayainya ke planet itu. Dia mengambil alih kuasa atas operasi perlombongan ubat itu walaupun terdedah pada ancaman cacing tanah gergasi. Apabila keluarga Atreides dikhianati, Paul mengetuai pemberontakan bagi mengembalikan kuasa keluarganya di planet tersebut.

Diarahkan oleh Denis Villenueve, Dune dibintangi pelakon seperti Timothée Chalamet, Rebecca Ferguson, Oscar Isaac, Josh Brolin, Stellan Skarsgård, Dave Bautista, Stephen McKinley Henderson, Zendaya, David Dastmalchian, Chang Chen, Sharon Duncan-Brewster, Charlotte Rampling, Jason Momoa dan Javier Bardem

Untuk menjadikan set lokasi pengambaran tahun 10191 yang direalistik untuk ini, Villeneuve perlu bekerja keras dengan gambaran visual, set menarik, serta lanskap yang epik. Walaupun beliau adalah seorang yang masih baru dalam pembikinan filem bergenre Sci-Fi, namun jangan dipandang remeh kerana beliau pernah menggarap filem Arrival (2016) dan Blade Runner 2049 (2017). 

Set lokasi pengambaran dibangun dengan menggabungkan struktur bergaya Mesir dan Aztec Kuno. Sementara kostum ‘stillsuit’ yang dikenakan oleh para pelakon juga dirancang dengan sistem daur ulang.

Selain itu juga, Denis Villeneuve telah menyelitkan elemen humor dalam filem ini iaitu untuk karakter Duncan Idaho, si ahli perang Atreides yang dilakonkan oleh Jason Momoa. Walaupun peranan tak sebesar mana, namun jangan abaikan peranan dari Oscar Isaac dan Zendaya dalam filem ini.

Dune bakal ditayangkan di pawagam tempatan pada 14 Oktober ini. 

DU-22547-Sr_High_Res_JPEG-rev-1 DU-FP-001r_High_Res_JPEG-rev-1 DU-16816rc_High_Res_JPEG-rev-1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

AirAsia & zer0hunger.org Bantu Kanak-Kanak Yang Memerlukan Melalui Airasia Grocer

ABPBH 34 Mara Ke Pusingan Top 5, Undian Calon Tarik Diri Tidak Diaudit