in , ,

AirAsia & zer0hunger.org Bantu Kanak-Kanak Yang Memerlukan Melalui Airasia Grocer

Setelah berjaya melancarkan Pek Nilai Kita Jaga Kita pada bulan Ogos, yang telah memberi membantu lebih daripada 400 buah keluarga, airasia grocer terus komited untuk membantu mereka yang memerlukan terutamanya kanak-kanak, melalui kerjasama Platform Tindakan Impak Sosial yang Lestari, zer0hunger.org untuk mengenal pasti dan membantu keluarga yang layak dan mempunyai kanak-kanak.

Pek Nilai Kita Jaga Kita yang baharu ini merangkumi pelbagai barangan keperluan seperti susu tepung, makanan bayi dan makanan tambahan untuk membantu kanak-kanak mendapat akses kepada makanan berkhasiat dalam apa jua keadaan sementara negara semakin pulih daripada pandemik ini.

Penderma boleh mengambil bahagian dengan membeli Pek Nilai Kita Jaga Kita dengan harga yang berpatutan dari airasia grocer secara langsung melalui kitajaga.co atau klik pada ikon ‘grocer’ di airasia Super App. Setiap pek berharga RM79 (saiz besar) atau RM43 (saiz kecil) dan penderma boleh memilih daripada lima Pek Nilai yang berbeza berdasarkan keperluan mereka: makanan kering, makanan tambahan, produk segar, makanan bayi, dan susu tepung.

Sempena pelancaran Pek Nilai baharu ini, AirAsia mengadakan demo memasak menggunakan Pek Nilai Kita Jaga Kita di dapur pusat Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, yang dihadiri oleh wakil daripada 14 Projek Perumahan Rakyat. Sebanyak 100 Pek Nilai Kita Jaga Kita turut disumbangkan kepada masyarakat setempat semasa majlis berlangsung.

Lim Ben-Jie, Ketua e-dagang airasia Super App berkata: “Kini terdapat lebih daripada 600 peniaga berdaftar di airasia grocer yang menawarkan pelbagai jenis produk daripada produk segar, barangan runcit, makanan tambahan dan banyak lagi dan mereka membolehkan kami bekerjasama dengan rakan niaga untuk membantu mereka yang memerlukan. Pelancaran Pek Nilai Kita Jaga Kita baharu ini akan memastikan bahawa barangan makanan penting diterima oleh mereka yang memerlukan, terutamanya kanak-kanak. 

“Kerjasama dengan kitajaga.co telah membuka mata kami dan membuka peluang kepada kami untuk menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik dengan memahami keperluan mereka. Produk baharu ini menyediakan makanan yang diperlukan oleh bayi, kanak-kanak dan remaja seperti makanan bayi, susu tepung, makanan kering dan makanan tambahan. Pada masa hadapan, AirAsia akan mengadakan lawatan berkala ke komuniti yang memerlukan untuk terus membantu penduduk tempatan,” tambah Ben-Jie

AirAsia dan zer0hunger.org bantu kanak-kanak yang memerlukan melalui airasia grocer

Farizul Hazli Baharom, Pengasas Bersama dan Pengerusi Zer0Hunger berkata: “Zer0Hunger berbangga kerana dapat bekerjasama dengan airasia grocer dalam kempen kita jaga komuniti. Rangkaian komprehensif airasia grocer melengkapkan platform bantuan kami untuk membekalkan mereka yang memerlukan dengan makanan segar dan berkhasiat.”

“Ekosistem airasia membantu kami menyediakan barangan segar dengan harga yang berpatutan terus kepada komuniti tersebut termasuklah di kawasan terpencil di Sabah dan kampung-kampung di seluruh negara ini. Kami juga berharap untuk menerima bantuan daripada orang ramai bagi menjayakan kempen ini.”

Individu atau organisasi yang ingin bekerjasama atau menyumbang melalui airasia grocer boleh menghubungi [email protected] untuk maklumat lanjut.

airasia grocer terus berkembang dan peniaga yang berminat boleh mendaftar untuk menjadi sebahagian daripada peniaga di airasia Super App dengan mengisi borang ini, dan mereka akan dihubungi untuk maklumat lanjut. 

Ikuti perkembangan terkini di Instagram @airasiasuperapp untuk pelbagai tawaran di airasia Super App!

*Untuk sumbangan kewangan, sila hantarkan kepada Zer0Hunger menerusi Bank CIMB di 8604598755 dengan rujukan: GROCER

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Demam Tiktok Menyerang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 34

Sinopsis & Trailer Filem DUNE Bakal Ditayangkan di Pawagam Mulai 14 Oktober Ini