in , , ,

Sinopsis Telemovie KARMA CINTA Lakonan Izzue Islam & Azira Shafinaz

Dosa akan terus mengikuti kita selagi kita tidak bertaubat dan memohon maaf dari orang yang pernah kita lukai. Kekuatan diperlukan seseorang dalam mengungkapkan kata maaf apatahlagi bila melibatkan kehilangan nyawa insan tersayang.

Realiti kisah ini dihidupkan sebagai plot cerita dalam telemovie bertajuk Telemovie KARMA CINTA yang menampilkan gandingan utama Izzue Islam bersama pelakon cantik Azira Shafinaz sebagai watak utama.

Disiarkan menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 12 Januari ini, pukul 9.00 malam di TV1, kisah pergolakkan dalam diri seorang pemuda yang dibayangi dan dihantui kesilapan lalu ini hingga bertemu seorang doktor cantik dan jatuh cinta tanpa mengetahui latar belakangnya ini turut dibintangi oleh Riz Amin, dan Zarina Zainuddin. 

Izzue Islam dan Azira Syafinaz…watak utama

Azira Syafinaz Dendami Izzue Islam? Dalam Telemovie KARMA CINTA di TV1 

Apa kata ikuti perjalanan kisah watak bernama Mustaqim seorang pemuda dan anak tunggal dari keluarga berada. Pada suatu hari semasa dia membawa kereta dengan pantas di kawasan kampung, dia melanggar seorang lelaki tua dan seterusnya melarikan diri. 

Tidak lama kemudian dia mendapat tahu bahawa orang tua itu meninggal dunia ditempat kejadian itu. Peristiwa itu menghantui dirinya selama sepuluh tahun meskipun pelbagai rawatan dilakukan olehnya. 

Seterusnya, atas desakan ibunya, dia berjumpa dengan seorang doktor wanita bernama Anis Sofea untuk mendapat rawatan. Keadaan Mustaqim bertambah pulih dan dia jatuh cinta dengan doktor tersebut. 

pelakon Karma Cinta

Pada hari pertunangan mereka, Mustaqim mendapat tahu bahawa tunangnya adalah anak gadis kepada orang yang dilanggarnya dahulu. Seterusnya, Mustaqim berterus terang dengan ibu Anis. Ibu Anis marah dan minta agar pernikahan mereka itu dibatalkan. 

Anis berusaha memujuk ibunya supaya memaafkan Mustaqim kerana dia telah pun insaf dan bertaubat, namun ibu Sofia tetap berkeras hati. Mampukah hubungan mereka diteruskan? Masihkah ada ruang kemaafan buat Mustaqim? Ikuti kesudahan telemovie ini di TV1. 

pelakon utama telemovie Karma Cinta

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BTS Artis Paling Banyak Distrim di Spotify di 2018

Fazura Nafi Dakwaan Kini Berbadan Dua