in ,

Sinopsis Senario The Movie Episode 1

Filem ini mengisahkan pengembaraan 3 sahabat untuk mencapai cita-cita menjadi bintang. Mazlan, Azlee dan Wahid datang dari kampung dan negeri yang berbeza. Tujuan mereka hanya satu iaitu menghadiri uji bakat di Kuala Lumpur dan menjadi pelawak terkenal tanah air. Malangnya pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa mereka hadapi untuk mencapai impian tersebut.

Paling mengharukan apabila tibanya mereka di Kuala Lumpur, mereka telah ditangkap pihak polis kerana wajah mereka saling tak tumpah dengan wajah kumpulan perompak bersiri yang menjadi buruan pihak polis.

Mereka amat bimbang kerana uji bakat semakin hampir sedangkan mereka masih lagi dalam lokap. Persiapan persembahan masih lagi belum dilakukan.

Apabila mereka dibebaskan, bermacam-macam lagi halangan menanti seperti tidak membenarkan mereka menghadiri uji bakat tersbut. Tetapi, berkat kesabaran dan ketabahan mereka mengejar cita-cita, mereka berjaya sampai ke tempat uji bakat TETAPI…

Dapatkah mereka menyertainya dan berjayakah mereka mencapai impian?

Segalanya terjawab dalam Senario The Movie Episode 1 yang bakal menemui anda penghujung 2008.

Filem Terbitan:
MIG Production Sdn Bhd

Penerbit:
David Teo

Pengarah:
Ahmad Idham

Penulis Skrip:
Zulkifli M Said

Pengarah Seni:
Zaidi Moh Noor (Zaidi Rock)

Tatarias:
Marzuki Man

Wardrobe:
Noor Haize Hazre Norizan

Pengarah Muzik:
Brian Ng/Kang

[tags]sinopsis, senario, scenario, episode 1, star wars, determination, cita-cita, azam 2008, motivation, how to, wikipedia, wikihow.com[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Poster Film Ah Long Ptd Ltd

Celine Dion Datang Malaysia 4 April ini