in , ,

Celine Dion Terbang ke Malaysia Untuk Konsert Taking Chances World Tour

Dengan menaiki jet peribadi yang serba mewah katanya, diva termahsyur, Celine Dion akan datang ke Malaysia untuk mengadakan Konsert Celine Dion Taking Chances World Tour 2008 pada 13 April.

Khabarnya, seawal 4 April Celine sudah berada di Kuala Lumpur, Malaysia untuk sesi latihan dan persiapan. Selain rehearsal, Celine juga mahu menghabiskan masa dengan melawat Kuala Lumpur dan bercuti bersama familinya.

Celine datang bersama dengan rombongan Cik Kiah seramai 80 orang yang terdiri dari kalangan pemuzik, penari, pihak pengurusan serta ahli keluarganya sendiri.

Celina hanya memilih Malaysia sebagai satu-satunya destinasi untuk menjayakan konsert jelajah dunia itu di rantau Asean. Ini bermakna peminat dari Thailand, Singapura dan Indonesia perlu datang ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan Celine.

Tiket konsert Celine Dion akan dijual tidak lama lagi. Mesti mahal nih… tapi agak-agak berbaloi tak?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Senario The Movie Episode 1

Album Baru Ressa Herlambang Cinta Yang Ku Cari