in ,

Sinopsis Filem OMK Oh Mak Kau

Dalam filem OMK, dua pelawak iaiti Jepp dan Shuib daripada grup duo Sepahtu nampaknya menjadi taruhan pengarah baru Nurul Ain Nordin untuk filem pertamanya. Kombinasi ini nampaknya menjadi lawak, seperti yang dijangkakan dari dulu, letak je nama Jepp dan Shuib, pasti gandingan mereka akan meletop. Rata-rata, apa yang Budiey lihat semua penonton yang hadir pada Majlis Tayangan Media Filem OMK ketawa terbahak-bahak dalam pawagam.

Dalam jenaka lucu, filem ini tak lupa untuk menyelitkan mesej dan pengajaran untuk penonton. Ia menitik beratkan hubungan antara ibu dan anak, hubungan antara adik beradik, dunia percintaan yang serba kemungkinan dan dan mengajar penonton tentang erti sebuah persahabatan yang teguh.

Budiey nak ucapkan tahniah kepada Ain yang berjaya mencipta buah tangan yang tak kurang hebatnya. Pembentukan watak yang berbeza karakter satu kekuatan pada filem ini. Setiap watak ada keunikannya tersendiri. Budiey kira ini satu elemen hiburan yang akan menarik penonton untuk ke pawagam.

Filem aksi komedi ini diterbit oleh Star Scope Production Sdn Bhd dan akan ditayangkan di pawagam mulai 15 Mei 2013.

Sinopsis OMK (Oh Mak Kau)

Sam (Jep Sepathu) dan Mun (Shuib Sepahtu) bekerja bersama ibu mereka, Mama San (Wan Maimunah) sebagai peniaga ayam di pasar. Tabiat Sam dan Mun yang suka mencuri mendatangkan masalah dalam hidup mereka. Setiap kali mencuri, adik beradik ini akan menyamar bermacam-macam gaya dan lucunya mereka pasti mengemas tempat tersebut selepas mencuri. Kenakalan dan sikap negatif Sam dan Mun membuatkan Mama San sering memarahi mereka.

Kepulangan Que (Nurul Ain) ke kampung menjadi perhatian Sam dan Mun. Mereka berdua bersaing untuk memikat hati Que. Embun (Didie Alias) dan kumpulan samsengnya ditakuti para peniaga sehingga mereka terpaksa mengikut kehendak Embun. Kehadiran Que juga membuatkan Embun terasa tergugat kerana menganggap Que cuba menentang dan merampas kawasan miliknya. Que ditangkap oleh kumpulan Embun dan dibawa bertemu ketua kumpulan mereka – Lutfan.

Berlakulah pergelutan antara Que bersama kumpulan Embun dan Lutfan. Berjayakah Sam dan Mun menyelamatkan Que? Siapakah sebenarnya Que? Segalanya terjawab dalam filem OMK di pawagam pada 16 Mei 2013.

Poster Filem OMK

Gambar Babak-Babak Menarik Dalam Filem OMK

Filem OMK

Filem OMK

Filem OMK

Filem OMK

Filem OMK

Filem OMK

Filem OMK

Filem OMK

PRODUCTION LIST
1. Cerita Asal & Konsep :
Nurul Ain Nordin & Salwa Surol

2. Skrip :
Nurul Ain Nordin & Salwa Surol

3. Penerbit : Star Scope Production Sdn Bhd

4. Pengarah : Nurul Ain Nordin

5. Pengurus Penerbitan :Mejar (B) Shahrazi

6. Pembantu Pentadbiran :Mizawanie Husna Md Din

7. Pengarah Seni :Ridzwan Hussin

8. Pembantu Tatarias :
Mohammad Farouk Rashid
Mohd Azlan Saidin
Shahfril

9. Juru Solek :Intan Azlina Alis

10. Pembantu Juru Solek :Yakariya Naepinae

11. Wardrobe :Dolly (Abdul Razak bin Debab)

12. Asst Wardrobe :Feakrie bin Ferdause

13. Pembantu Jurulampu :
Lokman Hakim Mustapha & Mohd Abudin Abdullah

14. Juru Audio :Mispan Muslimin @ Pak Lang

15. Pembantu Audio :Wan Sharinizzuan bin Mohd Shah

16. Jurukamera :Irwan Yuzri bin Mohd Sharir @ Wan Thrash

17. Fokus Puller :Mohd Shahzuan Mokhtar @ Wan Shazwan

18. 2nd Unit Kamera
a. Juru Kamera : Mohd Shahreel Abu Bakar @ Areel
:Mohd Shahzuan Mokhtar @ Wan Shazwan

b. Fokus Puller :Eddy Mohd Hamdy
:Mohd Abudin Abdullah @ Bu Din

19. Alexa Technician / Loader :Pallisatti A/L Sasidhar

20. Penata Cahaya :Mohd Abudin Abdullah @ Bu Din

21. Clapper :Naindra / Ayie / Halim

22. Gaffer :Mohd Ridzwan Othman @ Wan Jamak & Mohd Zulhusmi Md Zulkifli @ Awe

23. Key Grip :
Zainordin Zainal @ Deen Gaja & Mohammad Hasmir Shah Hashim @ Olly

24. Best Boy Grip :Mahadi Mohamad @ Bob Koyan

25. Crew :Iskandar Mazlan & Zaidi Arjuna Jaafar

26. Trainee :Izdi Azrina Zaidi
:Abdul Halim Jamaludin
:Mohd Haziq Mohamad Said

27. Driver 3 Ton Grip :Anathan A/L Gengan

28. Driver 3 Ton Lighting :Shangkar Rao A/L Appanah & Olly Hasmir Shah

29. Driver Generator :Sundram A/L Sinnathamby

30. Komposer :S. Qahar

31. Penata Muzik :Bhai

32. Penyunting Video :Azize

33. Kesinambungan :Naindra Anuar

34. Pembantu Am :Harry @ Ayie

:Mohamad Ashraf
:Mazhadi

35. Juru Gegas :Roslan bin Abdul Wahid

36. Handy :Noorazian binti Yahaya

37. Stunt Co-odinator :Encik Mohamad Sayuthi

38. Stuntman :
Mohamad Sayuthi
:Ahmad Hilmi Ishak
:Megat Ahmad Husnee
:Mohd Shahzual Ishak
:Mohd Shazwan Hanafi
:Hariz Ikhwan Abu Bakar
:Zaheem Zainudin
:Adli Zaim Azham
:Ahmad Syairawi Rahini
:Mohd Hazriq Zakmal
:Hasrul Fahmi Hanafiah

39. The Making Of :Saiful Azhar Khozizan
:Nasir Khozizan
:Suwarni bt Salleh

40. Pyro Letupan :Abdul Hamid Abidin bin Abd Wahab

41. Penyelaras Lokasi (PM) :Mohamed Iqbal Shaik Mydin
:Safarina Abd Ramlan

42. Pembantu Penyelaras Lokasi :Aswad Abdullah Sani

43. Penolong Pengarah :Salwati Mohamad Surol
:Ayie Nuwairi

44. Pengarah Photografi :Indra Che Muda

45. Idea Asal :Nurul Ain Nordin

46. Penerbit Penyelaras :Mejar (B) Shahrazi

47. Penerbit :Nurul Ain Nordin

48. Penerbit Eksekutif :Davis Lee

:Eddie Amir
49. Skrip :Salwa Surol
: Nurul Ain Nordin

50. Lakon layar & Arahan :Nurul Ain Nordin

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Branson Finally Graduates as AirAsia’s Flight Attendant

Sinopsis Drama Bersiri Iman Nabila di TV3