in , ,

Sinopsis Drama Sukan Pertama KITA REGU Yang Disiarkan di Astro Arena

Drama sukan pertama KITA REGU disiarkan di Astro Arena selama 13 episod.

Setelah lebih 10 tahun kewujudan Astro Arena akhirnya drama sukan menjadi sebahagian dari intisari kandungan dimana tayangan perdana bermula pada 15 September jam 10.30 mlm selama 30 minit setiap episod. 

Sinopsis Drama KITA REGU

Kisah persahabatan 3 sekawan, 3 impian, 1 tujuan. Azlan, Meor & Syahir masing-masing punya cita-cita yang hendak dipenuhi. Seperti regu sepak takraw menghadapi perlawanan demi perlawanan, begitulah juga 3 sahabat ini menempuh segala cabaran kehidupan di ibu kota. Biarpun keutuhan persahabatan ini termeterai sekian lama, regu ini akan diuji dan inilah perlawanan akhir yang menentukan masa depan mereka.

Drama KITA REGU ini dilakonkan oleh pelakon terkenal seperti Niezam Zaidi, Mustaqim Bahadon, Hafreez Adam, Cik Manggis, Bella Astilah, Azlan Mubin.

Kita Regu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shaheizy Sam Murung | 23

Sinopsis Drama Bersiri HASRAT TERSIRAT, Konflik Keluarga Berebut Harta Pusaka

Iman Troye 2021 | 24

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 34 Bakal Berlangsung Pada 13 November 2021 Secara Virtual