in , ,

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 34 Bakal Berlangsung Pada 13 November 2021 Secara Virtual

Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) bagi edisi ke-34 bakal diadakan dengan memilih tema #KITABERSAMA dan masih menerapkan budaya norma baharu. Buat permulaan, senarai awal pencalonan telah pun diumumkan untuk menggamit undian daripada peminat.

Anugerah pilihan peminat terunggul di Malaysia, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) bagi edisi ke-34 diteruskan tahun ini dengan menerap budaya norma baharu dan patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), membawa tema #KITABERSAMA, iaitu kesinambungan tema #ABPBHKITA2020 yang diangkat pada ABPBH 33. 

Ditayang Secara Virtual

Malam kemuncak ABPBH 34 yang dibawakan penaja utama, Xiaomi, akan disiarkan secara langsung di TV3 dan Tonton, termasuk YouTube TV3 dan BH serta laman web ABPBH di www.abpbh.com.my pada hari Sabtu, 13 November 2021. Malam kemuncak ini akan dilaksanakan secara virtual dengan pematuhan ketat SOP yang ditetapkan pihak MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Sebarang pengumuman untuk acara ABPBH 34, termasuk promosi, tajaan dan malam kemuncak akan dikongsi dan diumumkan dari masa ke semasa. 

Menerapkan mesej kekitaan atau ‘unity’ dalam rakyat Malaysia bagi memerangi pandemik COVID-19 dan membantu kerajaan mewujudkan imuniti kelompok, ABPBH 34 berhasrat membawa keceriaan kepada penonton di rumah. 

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 34

Pengiktirafan Bakat & Populariti

Selain mengiktiraf bakat dan populariti artis atau selebriti, ABPBH 34 mahu memberi penghargaan kepada petugas belakang tabir industri hiburan termasuk kru produksi, kumpulan teknikal, pengurusan dan sokongan yang menjadi tulang belakang kejayaan sektor kreatif. Penghargaan juga diberi kepada kumpulan penggerak penting dalam proses penerbitan kandungan untuk penonton di rumah pada era pandemik COVID-19. 

Kelainan ABPBH 34

ABPBH 34 membawa sedikit kelainan pada tahun ini sesuai dengan usia penganjurannya melebihi tiga (3) dekad. Mempertandingkan 14 kategori utama dan enam (6) kategori online, pemilihan artis kegemaran boleh dilakukan bermula hari ini, 10 September sehingga 3 Oktober 2021 menerusi laman web ABPBH 34 di www.abpbh.com.my. Undian boleh dilakukan sama ada secara percuma, pakej langganan BH digital dan cetak serta undian bersama telefon pintar nombor satu di dunia, Xiaomi. 

Penaja utama ABPBH 34, Xiaomi, kembali menaja acara berprestij ini buat tahun kedua berturut-turut. Xiaomi adalah sebuah syarikat elektronik multinasional China yang ditubuhkan pada April 2010 dan beribu pejabat di Beijing. Xiaomi melabur dalam pengeluaran telefon pintar, aplikasi mudah alih, komputer riba, perkakas rumah, beg, kasut, perkasasan elektronik dan produk lain yang kini menjadi pilihan pengguna di seluruh dunia. 

Merancakkan Dunia Hiburan

Pengarang Kumpulan BH yang juga Penaung ABPBH 34, Saidon Idris, berkata BH sebagai akhbar ‘Wadah Pembaharuan’ kembali merancakkan dunia hiburan tempatan dengan acara anugerah yang dinanti-nantikan peminat, ABPBH. 

“Selaras dengan situasi semasa dan arahan yang dikeluarkan kerajaan ekoran penularan pandemik COVID-19, BH menjadi wadah kepada segala usaha yang menyokong untuk mengekang penularan wabak ini dan sekaligus memulihkan ekonomi negara. 

“Sejak pandemik melanda negara dan dunia pada tahun lalu, kami di BH sentiasa peka dan akur dengan segala SOP terkini oleh kerajaan. BH juga mematuhi arahan dan nasihat yang dikeluarkan oleh MKN dan KKM,”

– Saidon Idris

Beliau berkata pihak penganjur sentiasa merujuk dan meminta kebenaran daripada MKN dan KKM sebelum mengelolakan ABPBH pada tahun ini. 

“Banyak yang sudah dilalui sejak lebih setahun lalu dan ramai yang terkesan dengan penularan COVID-19. Justeru, ABPBH 34 kali ini memilih tema #KITABERSAMA kerana pandemik ini mengajar kita untuk kembali kepada akar atau asas di mana perlunya kita merapatkan hubungan dan bersatu dalam menempuhi cabaran,”  

– Saidon Idris

Sementara itu, Pengurus Besar, Pemasaran, Komunikasi dan Sokongan Jualan NSTP merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 34, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman berkata, semua perancangan penganjuran ABPBH pada tahun ini dilakukan dengan teliti dan apa juga penyesuaian dan penambahbaikan dibuat, adalah selaras dengan SOP terkini. 

“Kami mahu ABPBH terus relevan sebagai pengukur populariti dan penghargaan kepada karya yang dihasilkan penggiat seni. Penganjuran ABPBH 34 pastinya mematuhi segala SOP yang ditetapkan dan pada masa yang sama, tetap memberi impak dan meninggalkan memori manis pada semua artis serta pihak lain yang terbabit,” katanya. 

– Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman

Beliau menambah bahawa segala penyesuaian membabitkan promosi dan publisiti ABPBH 34, termasuk pakej tajaan, kandungan, mekanik penganjuran, pencalonan, pengundian sehinggalah aktiviti bersama artis serta kelab peminat dikendalikan dengan mengoptimumkan pergantungan dan penggunaan platform digital termasuk media sosial. 

Datuk Zaini berkata bagi menghangatkan lagi ABPBH pada kali ini, pihak penganjur akan menerbitkan program eksklusif bersama penaja utama, Xiaomi dan artis jemputan yang disiarkan secara virtual, tidak lama lagi. Tarikh dan masa siaran akan diberitahu kelak. 

Pengumuman Senarai Pencalonan

Pada malam kemuncak ABPBH 34, sebanyak empat belas kategori utama yang bakal dipertandingkan adalah Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular Xiaomi, Pelakon TV Wanita Popular Xiaomi, Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular, Artis Komedi Popular, Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular, Penyampai Radio Popular dan kategori baru iaitu Watak Animasi Popular. 

Turut dipertandingkan adalah enam (6) kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Anugerah FANtastik Popular, Watak Antagonis Popular, Artis TikTok Popular dan YouTuber Popular. Walaubagaimanapun, undian untuk kategori Anugerah FANtastik Popular dan Artis TikTok Popular hanya akan dibuka mulai bulan Oktober depan. 

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 34

Senarai Pencalonan Awal ABPBH 34

KATEGORI UTAMA (14)

Artis Baharu Lelaki Popular 

  1. Aliff Iskandar
  2. Aniq Suhair
  3. Asif Suhaimi
  4. Dinie Rashid
  5. Fadh Majid
  6. Hafiz Zainal
  7. Harith Zazman
  8. Hariz Hamdan
  9. Hazman Al-Idrus
  10. Meerqeen
  11. Nabil Aqil
  12. Nadhir Nasar
  13. Syafi Tee
  14. Syahmi Irfan
  15. Syahmi Sazli
  16. Yamani Abdillah
  17. Yoe Parey
  18. Zac Zaky
  19. Zaki Azeman
  20. Zaki Yamani

Artis Baharu Wanita Popular 

  1. Aisha Retno
  2. Alicia Amin
  3. Asyiqin Zaed
  4. Aween Ismail
  5. Beby Acha
  6. Chombi
  7. Cik B
  8. Dolla
  9. Farisha Iris
  10. Iman Troye
  11. Khodi
  12. Loca B
  13. Naufa Tieha
  14. Nelissa Nizam
  15. Norreen Iman
  16. Nurin Afiqah
  17. Scha Elinnea
  18. Sharifah Rose
  19. Shasha Abedul
  20. Shaza Bae

Penyanyi Lelaki Popular 

  1. Afieq Shazwan
  2. Alvin Chong
  3. Amir Masdi
  4. Andi Bernadee
  5. Azzam Sham
  6. Chubb-E
  7. Faizal Tahir
  8. Hael Husaini
  9. Hafiz Suip
  10. Haqiem Rusli
  11. Ismail Izzani
  12. Joe Flizzow
  13. Khai Bahar
  14. Kucaimars
  15. Naim Daniel
  16. Naqiu
  17. Sufian Suhaimi
  18. Syamel
  19. Yonnyboii
  20. Zynakal

Penyanyi Wanita Popular 

  1. Adira Suhaimi 
  2. Aina Abdul
  3. Ayda Jebat
  4. Ernie Zakri 
  5. Fauziah Latiff
  6. Fieya Julia
  7. Iman Troye
  8. Liza Hanim
  9. Masya Masyitah 
  10. Misha Omar 
  11. Nabila Razali 
  12. Najwa Latif
  13. Neeta Manishaa 
  14. Sissy Imann 
  15. Siti Nordiana 
  16. Ning Baizura 
  17. Sophia Liana 
  18. Wany Hasrita 
  19. Wani Kayrie 
  20. Yuna 

Pelakon Filem Lelaki Popular 

  1. Ashraf Muslim
  2. Atu Zero
  3. Azhan Rani
  4. Datuk Fizz Fairuz
  5. Datuk Seri Eizlan Yusof
  6. Faizal Hussein
  7. Fattah Amin
  8. Hairul Azreen
  9. Hazama
  10. Hilal Azman
  11. Izuan Fitri
  12. Joey Daud
  13. Meerqeen
  14. Namron
  15. Rashidi Ishak
  16. Sharnaaz Ahmad
  17. Soffi Jikan
  18. Syafiq Kyle
  19. Syahmi Sazli
  20. Zizan Razak

Pelakon Filem Wanita Popular 

  1. Aprena Manrose 
  2. Bulan Terry
  3. Farah Ahmad
  4. Fasha Sandha 
  5. Fatin Afeefa 
  6. Ika Nabella
  7. Janna Nick
  8. Kismah Johar
  9. Mimi Lana
  10. Mona Allen
  11. Nabila Huda
  12. Nadia Brian
  13. Nelydia Senrose 
  14. Nora Danish 
  15. Reen Rahim
  16. Sherry Alhadad
  17. Sophia Albarakbah 
  18. Vanidah Imran
  19. Wanna Ali
  20. Zahirah MacWilson 

Pelakon TV Lelaki Popular Xiaomi 

  1. Adam Lee
  2. Azlee Khairi
  3. Ben Amir
  4. Fadlan Hazim
  5. Fahrin Ahmad
  6. Fizo Omar
  7. Hisyam Hamid
  8. Hun Haqeem
  9. Izzue Islam
  10. Kamal Adli
  11. Naim Daniel
  12. Nazim Othman
  13. Rashidi Ishak
  14. Redza Rosli
  15. Remy Ishak
  16. Saharul Ridzwan
  17. Shukri Yahaya
  18. Syazwan Zulkifly
  19. Ungku Ismail Aziz
  20. Zul Ariffin

Pelakon TV Wanita Popular Xiaomi 

  1. Azar Azmi
  2. Chacha Maembong 
  3. Elisya Sandha
  4. Elly Mazlein
  5. Eyka Farhana
  6. Hannah Delisha
  7. Intan Najuwa
  8. Jasmine Suraya
  9. Mimi Lana
  10. Mira Filzah
  11. Nabila Razali
  12. Nad Zainal
  13. Nelydia Senrose 
  14. Riena Diana
  15. Siti Saleha
  16. Sweet Qismina
  17. Uqasha Senrose 
  18. Uyaina Arshad
  19. Wanna Ali
  20. Zara Zya 

Penyampai Radio Popular 

  1. AG
  2. Angah
  3. DJ Lin
  4. Haiza
  5. Haniff Hamzah
  6. Haziq Hussni
  7. Hefny Sahad
  8. Issey Fazlisham
  9. Izwan Azir
  10. Jep Sepahtu
  11. Johan
  12. Muaz
  13. Radin
  14. Ray
  15. Sharifah Shahirah
  16. Siti Elizad
  17. Tyzo
  18. Zetty

Pengacara TV Popular 

  1. Ahmad Fedtri Yahya 
  2. Ain Edruce
  3. Alif Satar
  4. Awal Ashaari 
  5. Azira Shafinaz 
  6. Datuk AC Mizal
  7. Elly Mazlein
  8. Erra Fazira 
  9. Fikry Ibrahim 
  10. Hawa Rizwana 
  11. Haziq Hussni 
  12. Janna Nick
  13. Jihan Muse
  14. Mira Filzah
  15. Nabil Ahmad 
  16. Nana Mahazan 
  17. Sean Lee
  18. Sherry Alhadad 
  19. Shuk Sahar 
  20. Uyaina Arshad 

Artis Versatil Popular 

  1. Achey
  2. Ajak Shiro
  3. Alif Satar
  4. Cik B
  5. Danial Zaini
  6. Datuk AC Mizal
  7. Datuk Awie
  8. Erra Fazira
  9. Janna Nick
  10. Mark Adam
  11. Mira Filzah
  12. Nabil Ahmad
  13. Naim Daniel
  14. PU Azman
  15. Sherry Alhadad
  16. Shuk Sahar
  17. Sissy Imann
  18. Siti Elizad
  19. Siti Nordiana
  20. Zizan Razak

Artis Komedi Popular 

  1. Ain Edruce 
  2. Ali Puteh
  3. Asif Suhaimi 
  4. Atu Zero 
  5. Bell Ngasri
  6. Cik B
  7. Danial Zaini
  8. Douglas Lim
  9. Fad Bocey
  10. Ilya Buang
  11. Jep Sepahtu 
  12. Joey Daud
  13. Kazar Saisi
  14. Mamak Puteh 
  15. Rahim Sepahtu 
  16. Ropie 
  17. Sharif Zero
  18. Sherry Alhadad 
  19. Shuib Sepahtu
  20. Yoe Parey 

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular 

  1. Aina Abdul/Khai Bahar (Nafas Cinta)
  2. Akim/Stacy (Aku Kau Dan Muzik)
  3. Alif Satar/Raihan (Damba CintaMu)
  4. Bunkface (Tolong)
  5. Datuk Seri Siti Nurhaliza/Kmy Kmo/Luca Sickta (7 Nasihat)
  6. Dayang Nurfaizah/Yonnyboii/Faizal Tahir/Tuju (X Missing U)
  7. Dolla (Dolla Make You Wanna)
  8. Faizal Tahir/Elly Mazlein/Zizi Kirana (Empat Dara 2020)
  9. Floor 88 (Chikadun)
  10. Gnello/Someon/MK/AJ (Pulang)
  11. Hael Hussaini/Naim Daniel/Haqiem Rusli (Lara)
  12. Harith Zazman/MFMF/Loca B (Cute)
  13. Kaka Azraff/Noki/Loca B (Gila)
  14. K-Clique (Merais)
  15. Khai Bahar/Inteam (Setanggi Syurga 2020)
  16. Muna Shahirah/ Zack Zakwan (Bagaimana)
  17. Naim Daniel/Ismail Izzani (Sedih)
  18. Naim Daniel/Man Kidal (Sembah)
  19. Naim Daniel/Tuju (Adakah Engkau Menungguku)
  20. Yonnyboii/Azlan The Typewriter (Kelabu)

Watak Animasi Popular 

  1. Alif & Sofia
  2. Amazing Awang Khenit 
  3. BoBoiBoy
  4. DaDuDiDo
  5. Didi & Friends
  6. Ejen Ali
  7. Helping Heroes
  8. Mechamato
  9. Omar & Hana
  10. Pada Zaman Dahulu 
  11. Papa Pipi
  12. Upin Ipin
  13. Upin Ipin Iqra 

KATEGORI ONLINE (4)

Gandingan Serasi Drama Popular 

  1. Adam Lee & Bella Dowanna (Budak Tebing) Aku) 
  2. Ben Amir & Amyra Rosli (Sang Pewaris)
  3. Ben Amir & Mimi Lana (Chandelier)
  4. Eyka Farhana & Fadlan Hazim (Dia Adelia)
  5. Hun Haqeem & Wanna Ali (Angkara Cinta)
  6. Izzue Islam & Elisya Sandha (Nasi Kerabu Untuk Che Abe)
  7. Kamal Adli & Uqasha Senrose (Perempuan Tanpa Dosa)
  8. Mira Filzah & Ungku Ismail Aziz (Adellea Sofea)
  9. Mira Filzah & Zul Ariffin (Bidadari Kiriman Tuhan)
  10. Nabila Razali & Aiman Hakim Ridza (Biar Mereka Cemburu)
  11. Nabila Razali & Fahrin Ahmad (Kebaya Kasut Kanvas)
  12. Rashidi Ishak & Elly Mazlein (Kampung People 2)
  13. Remy Ishak & Nad Zainal (Hati Yang Tersakiti)
  14. Saharul Ridzwan & Nelydia Senrose (Cinta Sekali Lagi)
  15. Saharul Ridzwan & Zara Zya (Korban Kasih)
  16. Shukri Yahaya & Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku 2)
  17. Sweet Qismina & Adam Lee (Bidadari Salju)
  18. Zara Zya & Fadlan Hazim (Alergi Mamat Romantik) 
  19. Zul Ariffin & Ruhainies (Wifi Sebelah Rumah) 
  20. Zara Zya & Azlee Khairi (Seadanya)

Gandingan Serasi Filem Popular 

  1. Aprena Manrose & Soffi Jikan (Jodoh Syaitan)
  2. Azhan Rani & Sherry Alhadad (Bikin Filem)
  3. Datuk Seri Eizlan Yusof & Reen Rahim (Town Mall)
  4. Faizal Hussein & Nabila Huda (M4M4)
  5. Fattah Amin & Sophia Albarakbah (Miimaland)
  6. Hairul Azreen & Janna Nick (Pasal Kau)
  7. Hazama & Bulan Terry (Rock 4: Rockers Never Dai)
  8. Hilal Azman & Kismah Johar (Keluarga Iskandar The Movie)
  9. Joey Daud & Mona Allen (Manap Karaoke)
  10. Nabil Aqil & Ika Nabella (Takut Ke Tak)
  11. Nadia Brian & Datuk Fizz Fairuz (Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda)
  12. Namron & Farah Ahmad (Roh)
  13. Nora Danish & Meerqeen (Kelaster)
  14. Reen Rahim & Atu Zero (Syif Malam Raya)
  15. Sharnaaz Ahmad & Nelydia Senrose (Jebat)
  16. Syafiq Kyle & Mimi Lana (Saka Nan Sepi)
  17. Syahmi Sazli & Emaleen Minhad (Mael Totey The Movie)
  18. Vanidah Imran & Rashidi Ishak (Daulat)
  19. Wanna Ali & PU Riz (Ada Apa Dengan Dosa)
  20. Zizan Razak & Zahirah MacWilson (Bulan & Pria Terhebat)

Watak Antagonis Popular 

  1. Ain Edruce (Camelia)
  2. Ashraf Muslim (Ada Apa Dengan Dosa) 
  3. Fadlan Hazim (Seadanya Aku)
  4. Fify Azmi (Ryan Aralyn)
  5. Fizo Omar (Adellea Sofea)
  6. Hannah Delisha (Cinta Sekali Lagi)
  7. Jasmine Suraya (Bidadari Salju)
  8. Liza Abdullah (7 Hari Mencintaiku 2)
  9. Maya Karin (Bulan & Pria Terhebat)
  10. Mimi Lana (Hati Yang Tersakiti)
  11. Nabila Huda (M4M4)
  12. Nadia Brian (Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda)
  13. Nadiyah Shahab (Korban Kasih) 
  14. Niezam Zaidi (M4M4)
  15. Nora Danish (Bougainvillea
  16. Peter Hugh Davis (Jebat)
  17. Ruhainies (Maaf Tak Indah)
  18. Sheila Rusly (Bukan Gadis Biasa) 
  19. Syazwan Zulkifly (Budak Tebing) 
  20. Tony Eusoff (Daulat) 

YouTuber Popular 

  1. Alieff Irfan
  2. Alyssa Dezek
  3. Aqil Zulkiflee
  4. Asa Production
  5. Azfar Heri
  6. Baby Shima
  7. Bella Khan
  8. Che Nom
  9. CikiDot Channel
  10. Ebit Liew
  11. Isa Isarb
  12. Isaac Osman
  13. Jess No Limit
  14. Komkom
  15. Koroy
  16. Mtas Production
  17. Nur Amira Syahira
  18. Princemeed
  19. Syami Syazli
  20. Zukie Mohamad

Mengenai Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 

Anjuran BH, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) adalah anugerah pilihan peminat yang diadakan setiap tahun sejak 1987. Ketika itu, acara ini dikenali sebagai Anugerah Penyanyi dan Pelakon Popular 1987 (APPP87) – Nescafe Classic. Hanya tujuh kategori dipertandingkan ketika itu, iaitu Pelakon Lelaki Popular, Pelakon Wanita Popular, Pelakon Pembantu Lelaki Popular, Pelakon Pembantu Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular dan Penyanyi Berkumpulan Popular. Penganjur memperkenalkan kategori Artis Paling Popular sejak tahun 1990 yang kini menjadi Bintang Paling Popular. 

Bertahan selama 34 tahun, ABPBH menjadi antara anugerah paling konsisten apabila dianjurkan setiap tahun. Sesuai peredaran semasa, pihak penganjur memperkenalkan sistem undian secara online 100 peratus di laman web ABPBH bermula pada tahun 2017 berbanding pengundian melalui akhbar BH dan SMS pada tahun-tahun sebelumnya. 

ABPBH bertujuan memberi pengiktirafan kepada penggiat seni tanah air, selain memberi peluang kepada pembaca BH dan pengikut setia ABPBH memilih artis popular serta menyertai aktiviti dan promosi acara anugerah ini. Paling hangat, pastinya malam kemuncak ABPBH yang akan menobatkan Bintang Paling Popular dan memberi penghormatan kepada seniman yang menerima trofi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat. 

Pencalonan terbuka kepada penggiat seni merangkumi personaliti, selebriti, pelakon, penyanyi dan sebagainya yang terbabit secara aktif dan konsisten dalam bidang masing-masing. Calon, iaitu individu, gandingan atau berkumpulan mengikut kategori tersenarai, mestilah menghasilkan sekurang-kurangnya satu (1) produk yang diterbitkan sepanjang tempoh Januari 2020 hingga Disember 2020 yang menepati penilaian Jawatankuasa Penjurian ABPBH 34. 

Budiey Channel mengucapkan selamat berjaya buat semua nama-nama selebriti yang tercalon.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Sukan Pertama KITA REGU Yang Disiarkan di Astro Arena

Bangkitkan Semangat Hari Malaysia dengan Menonton RTM Pada 16 September Ini