in , ,

Sinopsis Drama Bersiri HASRAT TERSIRAT, Konflik Keluarga Berebut Harta Pusaka

Naskhah ‘Hasrat Tersirat’ Sarat dengan Konflik dan Kisah Pergolakan Keluarga, dendam dan Perebutan Harta Pusaka di slot Tiara Astro Prima mulai 10 September ini

Selepas berakhirnya tayangan drama rantaian ‘Ali Alia’ yang meruntun emosi petang semalam, sebuah lagi naskhah menarik terbitan Mediacorp  Suria yang mengangkat tema konflik keluarga berjudul ‘Hasrat Tersirat’ bakal menghiasi slot Tiara di saluran Astro Prima (105) pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai petang ini atau boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Kisah penuh konflik tentang pergolakan keluarga, dendam dan perebutan harta pusaka ini dihidupkan dengan lakonan mantap barisan bintang handalan dari Singapura seperti Rahimah Yusoff yang membawakan watak Aisyah, Azhar Norlesta sebagai Ramli, Abdullah Ahmad sebagai Hamzah, Fir Rahman sebagai Danial, Farhana M Noor sebagai Farah, Izzat Yusoff sebagai Najib, Fatin Amira sebagai Sharifah, Shaquille Daniel sebagai Amri, Joe Jasmi sebagai Latif, Hashimah Hamidon sebagai Mansurah, Mishall Kiara sebagai Kharissa dan Erwin Shah Ibrahim sebagai Dr Mazlan.

HASRAT TERSIRAT,

Mengulas lanjut mengenai drama rantaian ‘Hasrat Tersirat’, Norzeha Mohd Salleh selaku Pengurus Saluran Astro Prima berkata, “Sebagai sebuah saluran keluarga yang menghiburkan, kami amat mementingkan kandungan komersial berkualiti dan dinamik yang mampu mencuit emosi segenap lapisan umur kerana maklum balas dan penerimaan audiens akan mempengaruhi kejayaan saluran ini secara langsung.

Kami melihat naskhah terbaharu taruhan slot Tiara yang sekali lagi mengangkat tentang konflik dalaman keluarga ini dapat menjentik emosi penonton kerana ia sarat dengan mesej yang jelas dan bermanfaat jika dilihat daripada sudut pandang yang positif. Ada banyak perkara yang boleh dijadikan iktibar dan panduan kerana berdepan dengan konflik adalah asam garam kehidupan yang akan mematangkan diri kita.

Semoga impak penceritaan ‘Hasrat Tersirat’ dapat dirasai oleh peminat drama Melayu sehingga mampu mencetuskan fenomena yang tersendiri. Sama-sama kita saksikan apakah kesudahan drama ini nanti.”

HASRAT TERSIRAT,

Penceritaan penuh konflik dalam drama ‘Hasrat Tersirat’ menerusi paparan 20 buah episod ini bermula setelah kematian ketua keluarga, Hamzah yang menyebabkan keluarganya mula berpecah-belah. Isterinya, Aisyah terpaksa berdepan dengan masalah menguruskan pembahagian harta pusaka dan kebenaran yang dituntut oleh anak tirinya iaitu Danial dan Farah, anak autistiknya, Amri, serta seseorang dari masa silamnya. Aisyah harus melawan semua ini bersendirian serta dalam masa yang sama cuba memelihara nama baik arwah suaminya.

Apakah kesudahan kisah ini? Sama-sama kita saksikan.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton drama rantaian ‘Hasrat Tersirat’ yang bakal menemui penonton mulai petang ini di slot Tiara. Selamat menonton!

HASRAT TERSIRAT,

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV9 Tampil Dengan Wajah Baharu #JANJIHAPPY Destinasi Hiburan Satu Keluarga

Sinopsis Drama Sukan Pertama KITA REGU Yang Disiarkan di Astro Arena