in ,

Sinopsis Drama MENCARI QIBLAT

Nantikan drama terbaru yang berjudul Mencari Qiblat yang bakal bersiaran pada 25 Oktober 2018 menerusi siaran slot Zehra TV3.

Drama 13 Episod ini menampilkan ramai pelakon yang berbakat antaranya Aeril Zafrel, Elisha Sandha, Azhan Rani,, Fezrul Khan, Reen Rahim, Shahrizal Ahmad dan ramai lagi. Drama Mencari Qiblat adalah arahan Rashid Sibir di bawah terbitan Rashbirmedia Sdn Bhd.

Zehra – Mencari Qiblat
Tarikh Siaran : Setiap Rabu dan Khamis, bermula 25 Oktober 2018
Masa Siaran : 9.00 malam – 10.00 malam
Pengarah : Rashid Sibir
Produksi : Rashbir Media Sdn. Bhd.
Pelakon : Aeril Zafrel, Elly Mazlein, Fahrin Ahmad, Didie Alias, Arash Mohd, Dato Rahim Razali,
Fauziah Nawi

Drama MENCARI QIBLAT

Sinopsis Drama MENCARI QIBLAT

Menampilkan Aeril Zafrel sebagai teraju utama, drama Mencari Qiblat yang bertemakan kerohanian ini mengetengahkan penceritaan berbeza pada setiap episod. Adam ialah anak tunggal dalam keluarganya, dan dia sudah biasa hidup dengan penuh kemewahan. Oleh kerana Adam lalai serta alpa dengan kemewahan hidupnya di dunia, dia sentiasa berfoya-foya dan kerap melanggar segala hukum-hakam kehidupan sebagai seorang umat Islam sehingga hilang pedoman hidupnya.

Kehilangan jalanraya telah meragut nyawa ibu dan ayah Adam. Kematian mereka ini akhrinya telah memberi kesedaran kepada Adam yang bahawa duniawi ini hanyalah sementara dan selama ini, dia sedang hidup dalam kegelapan. Sejak itu, Adam cuba kembali ke pangkal jalan, dan memahami erti sebenar kehidupan ini. Mampukah Adam mencari qiblat hidupnya?

Saksikan drama-drama hebat TV3 ini! Setiap drama bersiri ini juga dapat disaksikan di portal video www.tonton.com.my. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.xtra.com.my. Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, Instagram TV3 iaitu @tv3malaysia, dan juga Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

What do you think?

75 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sinopsis Drama BUDAK USIN

Dayangku Intan, Ayai Illusi & Joey BPR Dalam Dimensi Legenda Tema DALAM HATI ADA TAMAN